TAHUN 2020 bukan sahaja menyaksikan negara tidak mencapai sasaran Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju, malah ekonominya teruk terkesan akibat daripada 'tsunami' pandemik COVID-19.
Rajah di bawah memberi sedikit ringkasan ke atas prestasi beberapa indikator yang menunjukkan kedalaman kesan akibat pandemik COVID-19.
Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia meletakkan harapan besar kepada tahun 2021 atas dua faktor utama berikut.
Pertama, tahun 2021 adalah penting di dalam memastikan usaha-usaha pemulihan ekonomi dapat direalisasikan sepenuhnya.
Hal ini bagi membolehkan ekonomi mampu kembali kepada asas sebelum krisis COVID-19 pada tahun 2022.
Kedua, tahun 2021 merupakan tahun pertama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMK12) yang menjadi asas penting kepada pencapaian sasaran Wawasan Kemakmuran Bersama (2030).
Penulisan ini bertujuan untuk memberi beberapa jangkaan ekonomi dan pasaran buruh pada 2021.
Sebelum itu, elok juga kita mengimbas kembali ciri-ciri ekonomi 2020.
Imbasan Ekonomi 2020
Kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 banyak memberi pengajaran kepada kita semua.
Dari sudut pandangan ekonomi, pandemik ini memberi mesej yang jelas kepada keperluan kepada perubahan dan pembaharuan struktur ekonomi.
Contohnya isu-isu struktur pasaran buruh seperti ketidakpadanan pekerjaan, pekerja tidak formal, jaringan keselamatan sosial dan kebergantungan pekerja asing telah pun diutarakan beberapa tahun sebelum tsunami COVID-19.
Kehadiran COVID-19 secara tidak langsung meminta supaya isu-isu tersebut perlu ditangani segera.
Berikut beberapa rangkuman ekonomi 2020.
1. Krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19 berbeza dengan krisis-krisis ekonomi sebelum ini.
Krisis ini mengakibatkan fungsi “jantung” ekonomi hamper terhenti sepenuhnya bila mana sektor-sektor ekonomi tidak dapat beroperasi pada tempoh PKP.
Keadaan ini tidak pernah berlaku pada krisis-krisis sebelum daripada ini.
Akibatnya, kerajaan memperuntukan sejumlah peruntukan rangsangan paling besar sejak krisis kewangan 1997/98.
Keberkesanan intervensi melalui dasar fiskal dan kewangan juga adalah terhad kerana bergantung kepada tahap pembukaan aktiviti ekonomi.
2. Pasaran buruh teruk terjejas dengan kadar kehilangan pekerjaan dan pengangguran adalah tinggi.
Kadar pengangguran mencapai kadar tertinggi pada bulan Mei dengan kadar 5.3% berbanding dengan kadar normal iaitu sekitar 3.3%.
Purata kadar pengangguran untuk tahun 2020 dianggarkan sekitar 4.5% lebih tinggi berbanding purata tahun 2019 iaitu 3.2%.
3. Penawaran buruh turut menerima kesan. Penutupan sekolah, universiti dan institusi latihan memberi kesan kepada kuantiti dan kualiti penawaran buruh.
Graduan dan mereka yang tamat pengajian pada 2020 mungkin memerlukan latihan khusus sebelum mereka memasuki pasaran buruh.
4. Kehilangan pekerjaan meluas tetapi impaknya berbeza mengikut tiga kategori berikut.
Pertama adalah “sektor pemenang” yang merujuk kepada sektor-sektor yang mengalami peningkatan pengeluaran dan permintaan buruh antaranya pembuatan produk kesihatan dan sarung tangan, perkhidmatan penghantaran dan perkhidmatan makanan.
Kedua adalah “sektor rosak” di mana permintaan pekerjaan merosot dan hanya mengalami sedikit pemulihan seperti seni dan hiburan, perhotelan, pelancongan, sukan dan pengangkutan udara.
Ketiga adalah “sektor pemulihan” yang kebanyakkannya ditutup pada awal serangan wabak seperti restoran, dan jualan pakaian.
Jangkaan Ekonomi 2021
Tahun 2021 boleh diterjemahkan sebagai tahun pemulihan ekonomi pasca COVID-19.
Keseluruhannya kami optimis ekonomi tahun 2021 lebih baik berbanding 2020 namun masih terdapat beberapa kerosakan yang memerlukan rawatan lanjutan yang menjangkaui 2021.
Berikut kami nyatakan beberapa jangkaan 2021:
1. Kadar pengangguran menurun. Pembukaan semula aktiviti-aktiviti ekonomi, suntikan perbelanjaan kerajaan dan skim latihan yang dicadangkan pada Belanjawan 2021 dijangka akan memberi impak positif kepada pasaran buruh.
Kami menjangkakan kadar pengangguran 2021 berada pada sekitar 3.7%.
2. Pergerakan gaji adalah perlahan atau kekal. Fasa pemulihan dijangka memperlihatkan pergerakan gaji yang perlahan atau cenderung untuk kekal.
Ini mengambil kira tempoh masa pemulihan dan perolehan firma yang terjejas ketika pandemik.
Pada ketika ini, mengekalkan dan mencipta pekerjaan lebih penting berbanding isu peningkatan gaji yang memerlukan intervensi berbentuk jangka masa panjang.
3. Kesukaran kepada golongan pekerja baharu terutamanya graduan. Permintaan pekerjaan yang setara dengan kelayakan adalah terhad semasa fasa ekonomi pemulihan.
Penciptaan pekerjaan dijangka akan terarah kepada kategori separa mahir. Jadi, keadaan ini tidak akan banyak merubah saiz ketidakpadanan pekerjaan.
Walaubagaimanapun, skim-skim latihan jangka pendek dan beberapa pakej pekerjaan lain yang dicadangkan di dalam Belanjawan 2021 boleh membantu graduan meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan.
4. Perubahan gelagat sebahagian pekerjaan yang menjadi kekal. Terdapat beberapa jenis pekerjaan yang mengalami perubahan semasa pandemik dan akan cenderung untuk terus kekal di pasaran buruh.
Bekerja dari rumah dan kerja jarak jauh antara keadaan yang dijangka akan menjadi kekal di pasaran buruh sepanjang tahun 2021.
Begitu juga, bilangan mereka yang terlibat dengan pekerjaan yang fleksibel seperti pekerja penghantaran dan pekerja platfom digital dijangka akan terus kekal.
5. Deflasi dijangka tidak akan berlaku kerana ekonomi dijangka tumbuh sederhana. Belanjawan 2021 menjangkakan ekonomi bertumbuh di antara 6.5% sehingga 7.5%.
Kadar pertumbuhan ini berkemungkinan akan lebih rendah jika situasi pandemik COVID-19 di negeri-negeri yang mempunyai taburan industri besar seperti Selangor dan Kuala Lumpur mengambil masa yang lebih lama untuk mengawalnya jangkitan wabak.
Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak lah terlalu membimbangkan sehingga menyebabkan berlakunya deflasi.
6. “Kerosakan” akibat pandemik masih wujud dan sebahagian sektor masih berhadapan dengan ketidaktentuan.
Sesetengah sektor memerlukan masa yang lebih lama untuk dipulihkan akibat pandemik.
Begitu juga pekerjaan di sektor-sektor seperti seni dan hiburan, perhotelan, pelancongan, sukan dan pengangkutan udara dijangka akan terus berhadapan dengan ketidaktentuan.
Antara Faktor Mempengaruhi Pemulihan Ekonomi 2021
Dua faktor berikut dijangka memainkan peranan penting di dalam menentukan tahap pemulihan ekonomi 2021.
Faktor pertama dan yang terpenting, pasaran buruh 2021 bergantung kepada kecepatan usaha mendapatkan vaksin, rawatan dan pengekangan penularan COVID-19.
Ketiadaan vaksin bermakna aktiviti-aktiviti ekonomi tidak akan beroperasi pada kapasiti penuh dan seterusnya memperlahan fasa pemulihan ekonomi.
Faktor kedua adalah politik dan dasar. Umum telah melihat dan menilai kepentingan kestabilan politik di dalam tadbir urus ekonomi dengan mengambil contoh Belanjawan 2021.
Jika pilihan raya umum diadakan pada 2021, ini memungkinkan berlakunya perubahan landskap politik dan pentadbiran negara yang seterusnya boleh mempengaruhi dasar semasa pemulihan ekonomi.
Penulis merupakan Ketua Ekonomi, Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari
Fri Jan 01 2021
Dari sudut pandangan ekonomi, pandemik ini memberi mesej yang jelas kepada keperluan kepada perubahan dan pembaharuan struktur ekonomi. -Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Ekonomi 2021 dijangka lebih baik tetapi 'kerosakan' masih ada
Dari sudut pandangan ekonomi, pandemik ini memberi mesej yang jelas kepada keperluan kepada perubahan dan pembaharuan struktur ekonomi.