Editor laman web berita, Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memuji keberanian ramai pihak mempertaruhkan keselamatan mereka demi mendedahkan isu rasuah di Malaysia.
Dia berkata demikian kepada The Star dalam wawancara eksklusif sejurus selepas tiba di Malaysia, susulan waran tangkap terhadapnya dan laman web penyiasatannya Sarawak Report, masing-masing ditarik balik.
Mengakui peranan dimainkan oleh orang-orang seperti dirinya dalam mendedahkan cerita bahawa media arus perdana tidak dapat meneruskannya, Rewcastle Brown berkata, dia merasakan terdorong untuk mengikuti sebahagian cerita dan berita kerana integriti mereka yang terlibat.
"Terdapat banyak kecurigaan berbangkit mengenai dana 1MDB oleh parti pembangkang, untuk permulaan," katanya
"Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tony Pua merupakan individu yang paling menekankan mengenai bagaimana dana itu diuruskan.
"Saya kemudian memahami apa yang jelas hubungan antara 1MDB dan keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak apabila saya sedar bahawa ahli perniagaan Jho Low mengiringi Riza Aziz di Hollywood dan Riza melancarkan sebuah filem yang mahal, Wolf of Wall Street,” katanya.
Wolf Of Wall Street merupakan filem drama komedi dibintangi Leonardo Di Caprio, yang memenangi anugerah Oscar pada 2013.
"Saya mula mengajukan soalan namun tidak mendapat jawapan memuaskan dan apa yang saya dapat adalah surat guaman . Saya mengambil masa lebih setahun sebelum mendapat peluang besar mengupas isu pertama mengenai 1MDB iaitu perjanjian PetroSaudi,” katanya.
Pegawai dari PetroSaudi International telah disiasat, yang merupakan sebagai sebahagian daripada siasatan yang lebih meluas ke atas kecurian aset disyaki dari dana negara 1MDB Malaysia.
Salah seorang pegawai tersebut adalah Xavier Justo. Rewcastle Brown menemu ramah isterinya, Laura pada Julai 2016.
BACA: 'Sesuatu yang luar biasa!'- Reaksi Xavier Justo berjumpa Tun Mahathir
"Suaminya menghabiskan masa 18 bulan di penjara dan tidak lama selepas suaminya ditangkap, dia menghubungi saya. Saya berjumpa dia dan dia seorang wanita muda berdepan dengan kesulitan.
"Saya fikir adalah penting mengeluarkan bantahan mengenai beberapa perkara buruk yang ditulis tentang Xavier selepas dipenjarakan.
"Saya boleh rasakan apa yang berlaku adalah mereka mengancam pasangan ini,” katanya.
Rewcastle Brown juga merujuk teman-temannya di Sarawak Report dan Radio Free Sarawak.
"Saya bekerja dengan ramai orang yang berani, mereka yang bekerja di radio tersebut adalah hero. DJ Peter John Jaban saya telah pulang dan dia sangat gembira dengan apa yang betul dan yang berani.
"Apabila anda melihat orang seperti Bill Kayong (aktivis PKR dibunuh) dan paderi (Raymond Koh) yang diculik, ia adalah kes mengejutkan Ia serta-merta membangkitkan ketakutan semua pihak," ujarnya.
Sinar Harian
Sun May 20 2018
Clare Rewcastle-Brown memuji keberanian ramai pihak mempertaruhkan keselamatan mereka demi mendedahkan isu rasuah di Malaysia. -Gambar fail
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
2 lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Polis menahan dua lelaki di Lipis bagi membantu siasatan kes penyeludupan warga Myanmar menerusi Op Pencegahan Jenayah Bersepadu semalam.
Saman 1MDB: Riza Shahriz guna AS$248 juta untuk beli hartanah, belanja perjudian
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa wang AS$248 juta telah digunakan untuk kepentingan peribadi Riza Shahriz iaitu bagi membayar pembelian beberapa hartanah dan perbelanjaan berjudi.
PAC akan panggil Johari Abdul Ghani dan LHDN - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara akan memanggil Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas 1MDB Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan LHDN dalam prosiding bermula November.
Sebanyak RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1MDB diperoleh semula sehingga 30 September 2024
Kerajaan telah berjaya mendapatkan kembali sejumlah RM27.17 bilion dana berkaitan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) setakat 30 Sept 2024.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Saksi utama pendakwaan boleh dipercayai, beri keterangan konsisten terhadap Najib - DPP
Saksi terbabit mengesahkan bahawa mereka telah bertindak atas kepercayaan bahawa arahan kepada mereka datang terus daripada Najib.
Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Mahkamah diberitahu tindakan dan kelakuan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pelbagai insiden berkaitan dengan 1MDB jelas menunjukkan beliau mempunyai kepentingan peribadi.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
Saya tiada kawalan ke atas dana SRC International - Najib
Najib berkata beliau tidak memiliki sebarang kawalan ke atas pergerakan dan penggunaan RM3.6 bilion dana SRC International Sdn Bhd.
Saman SRC: Najib nafi arah SRC menerusi Nik Faisal
Najib Tun memberitahu bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Arif Kamil bukanlah penghubung antara syarikat itu dan dirinya.
NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan
Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media