SEREMBAN: Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 768.9 gram, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Muhammad Zarif Mohd Noor Ajala, 46, dan Mohd Najmi Abd Rahim, 36, selepas diidapati bersalah di akhir kes pembelaan.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengedar dadah tersebut di sebuah restoran makanan segera di Persiaran Pusat Bandar, Nilai pada jam 3.45 petang, 18 Sept 2018.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dengan tiga sebatan terhadap Mohd Najmi selepas didapati bersalah memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 13.11 gram pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 18 Sept 2018 manakala pelaksanaan hukuman sebatan ditangguhkan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman difailkan dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Azman berkata kedua-dua tertuduh perlu bersyukur kerana bulan lepas terdapat pindaan yang mana mahkamah boleh menjatuhkan hukuman pilihan iaitu pemenjaraan dan tidak menjatuhkan hukuman gantung bagi kesalahan mengedar dadah.
"Di sebalik apa yang berlaku pada kamu berdua (tertuduh), terdapat perkara yang patut kamu bersyukur kerana pindaan kepada hukuman gantung telah diluluskan. Sebelum ini ramai didapati bersalah atas kesalahan ini (mengedar dadah) dikenakan hukuman gantung sampai mati.
"Ini semua bergantung kepada kepercayaan kita. Mana-mana agama, anutan semua, kalau kita tidak ditakdirkan mati di tali gantung sememangnya begitulah takdir," kata hakim itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly manakala Muhammad Zarif diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Ladin dan Mohd Najmi oleh R. Palaya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023
![Edar dadah: Dua sahabat dijel 30 tahun, 12 sebatan Edar dadah: Dua sahabat dijel 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Muhammad Zarif Mohd Noor Ajala, 46, dan Mohd Najmi Abd Rahim, 36, selepas diidapati bersalah di akhir kes pembelaan. - Gambar hiasan
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
KKM peruntukkan RM21.5 juta naik taraf 58 klinik daif Sabah
KKM memperuntukkan RM21.5 juta untuk menaik taraf 58 klinik kesihatan daif di seluruh negeri Sabah.
![Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720338475_TokMatseremban.jpg)
Tuntutan Filipina: Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia - Mohamad
Menteri Luar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan nota diplomatik kepada PBB bagi menegaskan kedaulatan negara ini, susulan tuntutan Filipina terhadap Sabah.
![LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
LKAN: Jabatan kerajaan perlu beri keutamaan aspek tatakelola, kebertanggungjawaban
Kementerian, jabatan kerajaan Persekutuan serta badan berkanun yang menerima teguran LKAN perlu memberi keutamaan terhadap aspek tatakelola dan kebertanggungjawaban.
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Edar dadah: Isteri dibebas dan dilepas, suami diarah bela diri Edar dadah: Isteri dibebas dan dilepas, suami diarah bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719912257_TBMahkamahTinggi.jpg)
Edar dadah: Isteri dibebas dan dilepas, suami diarah bela diri
Mahkamah mengarahkan seorang ahli perniagaan membela diri manakala membebas dan melepaskan isteri lelaki itu atas pertuduhan mengedar dadah.
![Bekas Presiden Honduras dihukum penjara 45 tahun atas tuduhan mengedar dadah Bekas Presiden Honduras dihukum penjara 45 tahun atas tuduhan mengedar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51592434166_JuanOrlandoHernan.jpg)
Bekas Presiden Honduras dihukum penjara 45 tahun atas tuduhan mengedar dadah
Hernandez dituduh bersubahat dengan kartel dadah semasa memegang jawatan ketika mereka memindahkan lebih 400 tan kokain melalui Honduras ke AS.
![Buruh edar 300 gram Methamphetamine dipenjara 30 tahun, 12 sebatan Buruh edar 300 gram Methamphetamine dipenjara 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719315325_TBCourtHammer.jpg)
Buruh edar 300 gram Methamphetamine dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
![Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2 Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718170131_tbhukumanmati.jpg)
Dua lelaki didakwa edar 28.85 kg methampetamine di KLIA2
Dua lelaki berhadapan pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.
![Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715770462_tbedardadahpontia.jpg)
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
![Dua rakan didakwa edar 21kg heroin Dua rakan didakwa edar 21kg heroin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715572762_dakwarakandadah.jpg)
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
![Tiga lelaki dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan miliki, edar dadah Tiga lelaki dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan miliki, edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715155300_Tigarakanjpg.jpg)
Tiga lelaki dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan miliki, edar dadah
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah, tiga tahun lepas.
![Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712916150_YahayaOthman.jpg)
Polis tumpas kegiatan pengedaran dadah jenis jus minuman
Suspek berumur 42 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dalam operasi kira-kira 12.10 tengah malam.
![Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712485992_CPMKumar.jpg)
Polis tumpas sindiket edar, proses dadah libat rampasan lebih RM2 juta
Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah dengan penahanan tiga individu serta merampas pelbagai dadah bernilai lebih RM2 juta di sekitar Johor Bahru dan Seri Alam.
![Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711363634_TBEDARDADAH.jpg)
Wanita warga asing antara ditahan disyaki edar dadah dalam pek makanan segera
Kesemua suspek ditahan kira-kira 12 tengah malam dan polis turut merampas sejumlah dadah jenis Methamphetamine bernilai RM503,520.