GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) yang dibungkus dalam peket minuman segera di sebuah apartmen di Jelutong, di sini Ahad lepas.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usof Jan Mohamad berkata dalam serbuan kira-kira 12.05 tengah malam itu, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita warga Thailand berusia 23 hingga 35 tahun.
"Hasil pemeriksaan lanjut di apartmen itu, polis merampas 74 peket plastik warna hitam mengandungi 1.62 kilogram MDMA, 38 peket plastik warna hijau mengandungi MDMA seberat 762 gram (g),15 peket plastik warna ungu (MDMA seberat 600 g), 100 biji pil eramin 5 dan ketamin (12.72g) yang kesemuanya bernilai RM326,686," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum memproses dan membungkus semula dengan mencampurkan bahan itu dalam pelbagai pek minuman segera terkenal untuk diedarkan di pusat-pusat hiburan sekitar negeri ini.
Mohamed Usuf berkata dalang sindiket itu merupakan lelaki berusia 28 tahun yang tidak bekerja manakala empat lagi individu ialah rakannya yang dipercayai berperanan mengedarkan pek minuman bercampur dadah di pusat hiburan.
Setiap pek katanya dijual dengan harga RM300 hingga RM2,000 bergantung pada kuantiti dan jenis bahan.
"Dadah jenis MDMA itu paling popular di pusat-pusat hiburan dan boleh menyebabkan mereka yang mengambil dadah ini tidak tidur selama 48 jam, mereka mencampurkan dalam pek minuman segera bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.
Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan empat lelaki terbabit mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.
"Semua lima individu itu direman selama tujuh hari hingga 23 Mac ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya,
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohamed Usof Jan Mohamad menunjukkan rampasan dadah ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini. - Foto Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tiga lelaki sindiket penipuan dalam talian kaut RM100,000 setiap bulan ditahan
Polis menahan seorang lelaki di sebuah kondominium dan merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank, bersamanya.

PRU15: Polis Pulau Pinang terima 30 laporan termasuk babit geng kongsi gelap
Polis Pulau Pinang telah menerima sebanyak 30 laporan membabitkan pelbagai kesalahan dalam tempoh sepuluh hari berlangsungnya kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Polis bongkar makmal proses dadah, tahan dua lelaki
Polis turut merampas pelbagai peralatan dan bahan kimia untuk memproses dadah jenis heroin di rumah tersebut.

Polis Pulau Pinang buka 171 kertas siasatan tatatertib
Semua kertas siasatan itu melibatkan 43 pegawai, 269 anggota dan dua kakitangan awam membabitkan pelbagai kesalahan.

Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.

Polis tumpas sindiket edar rokok seludup tanpa cukai, sitaan bernilai RM8.04 juta
Serbuan di tiga lokasi di Machang Bubok dan Bukit Tengah itu dibuat selepas risikan mendapati sindiket itu menjadikan rumah sewa sebagai markas.

Isu lepaskan suspek Macau Scam: 8 individu ditahan termasuk pegawai polis, imigresen
Polis Pulau Pinang sedang menganalisis data siasatan membabitkan empat pegawainya yang terlibat dalam kes melepaskan suspek Macau Scam.

352 ketul ganja mampat dirampas: Polis bongkar sindiket edar dadah di Pulau Pinang
Sindiket yang dipercayai mempunyai rangkaian di negara jiran itu dikesan menjalankan pengedaran dadah di beberapa negeri utara tanah air.

Berita dua mayat mangsa culik dijumpai di P.Pinang palsu - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang berkata, berita tentang penemuan mayat itu tidak benar sama sekali, bahkan beberapa kali ditularkan sejak Mei 2014.

Sorok mayat kekasih dalam almari
Bau busuk dari dalam sebuah almari di sebuah rumah di Paya Terubong, George Town membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, malam tadi.