PUTRAJAYA: Usaha mencetak dan mengedarkan satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia disifatkan sebagai salah satu gagasan Kerajaan Perpaduan dalam memartabatkan Islam.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah tersebut juga bagi mendidik dan memberikan penghayatan tentang Islam kepada seluruh masyarakat tanpa mengira agama.
“Ini saya cuba singkap dalam konsep Malaysia Madani. Meskipun dirangkumkan semua tentang negara termasuk tatakelola, ekonomi ihsan serta amanah tetapi soal nilai dan akhlak, yang jadi teras mestilah agama dan al-Quran.
“Ini usaha yang murni, dan saya sebut berulang kali. Ini antara gagasan penting untuk berikan makna kepada penghayatan Islam dan martabatkan umat dan negara,” kata Perdana Menteri di sini pada Jumaat.
Beliau berucap pada Majlis Penghantaran tiga kontena al-Quran untuk Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah al-Quran berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, di sini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata apa yang berlaku termasuk insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan terhadap Islam adalah kerana kejahilan yang menebal.
Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan adalah penting untuk memberi mesej mengenai kebaikan Islam termasuk menerusi penganjuran majlis-majlis agama.
Sebanyak 30,000 nashkah al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris dan Cina dihantar ke tiga negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom (UK), hari ini.
Ia merupakan sebahagian daripada fasa pertama yang diuruskan oleh Yayasan Restu, dengan sasaran untuk mencetak dan mengedarkan 500,000 naskah al-Quran pada tahun ini.
Pada Januari lalu, Perdana Menteri berkata Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden.
Percetakan dan pengedaran al-Quran akan dilaksanakan dalam dua fasa yang mensasarkan 500,000 naskhah untuk setiap fasa.
Untuk fasa pertama, penerbitan dan percetakan yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Restu terdiri daripada al-Quran al-Karim dengan terjemahan dalam bahasa Sweden, Inggeris, Sepanyol Latin, Cina/Mandarin, Khmer, Perancis, Tamil, Tagalog serta Hindi.
Pengagihan menyasarkan negara-negara tertentu dengan kerjasama pelbagai pihak seperti kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan.
Hasimi Muhamad
Fri Sep 15 2023
Perdana Menteri hadir pada Majlis Penghantaran tiga kontena al-Quran untuk Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah al-Quran berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, di Putrajaya, hari ini. - Foto Bernama
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Edar, cetak satu juta al-Quran usaha didik, martabatkan Islam - PM Anwar
Usaha mencetak dan mengedarkan satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia disifatkan sebagai salah satu gagasan Kerajaan Perpaduan dalam memartabatkan Islam.