PUTRAJAYA: Kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.25 juta sehari bersamaan hampir RM450 juta setahun, susulan pendirian kerajaan negeri Selangor untuk tidak bersetuju dengan cadangan penjajaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang juga Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali, tindakan kerajaan negeri Selangor itu hanya akan menganggu perjalanan keseluruhan projek yang dijangka siap Disember tahun 2026.
"Kita kena ingat projek ini melibatkan peruntukan atau kos yang besar jadi sekarang ini akibat kelewatan dan lambatnya kerajaan negeri Selangor membuat keputusan, ia mengakibatkan kita menanggung kerugian RM1.25 juta sehari, jadi projek sudah tertunda setahun akibat kelewatan ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Buku 365 Hari Mohd Zuki Ali: Aspirasi dan Cabaran di Putrajaya pada Isnin.
Malah tambah Mohd Zuki, kerajaan Pusat terutamanya di peringkat MRL telah memberikan semua penjelasan kepada kerajaan Negeri Selangor berhubung semua isu yang dibangkitkan agensi kerajaan negeri itu.
"Kita di peringkat ECRL telah berikan semua penjelasan kepada kerajaan Negeri Selangor, jadi saya rasa perkara ini tidak ada alasan untuk nak melengah-lengahkan.
"Sebab semakin lama kita lengahkan, ia akan menganggu keseluruhan projek, ikutkan perancangan projek ini dijangka siap tahun 2026," jelas Mohd Zuki lagi.
Malah beliau turut khuatir, akibat tindakan kerajaan negeri Selangor itu akan mengakibatkan imej negara turut tercalar kerana ia melibatkan kerjasama dengan negara China.
"Dengan kelewatan ini, saya khuatir dengan apa yang kita rancang tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual. Ini saya khuatir melibatkan imej kerajaan juga, sebab projek ini melibatkan kerjasama kita (Malaysia) dengan kerajaan China," katanya lagi.
Justeru ujar Mohd Zuki, kerajaan negeri itu diharap dapat mempertimbangkan semula pendiriannya dalam meneruskan projek ECRL melalui beberapa daerah di Selangor.
"Sekarang kita masih berharap kerajaan negeri Selangor akan pertimbangkan semula dan perkara ini kita akan bawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk keputusan akhir.
"Bila mesyuarat? Secepat mungkin, kerana saya telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan akan menyediakan kertas untuk dibawa ke mesyuarat," katanya lagi.
Sebelum ini, Exco Selangor membuat keputusan mempertahankan pendiriannya untuk tidak bersetuju dengan cadangan penjajaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Ia melibatkan Seksyen C iaitu jajaran (Mentakab-Pelabuhan Klang).
Fareez Azman
Mon Mar 29 2021

Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang juga Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kerajaan terpaksa menanggung kerugian RM1.25 juta sehari akibat kelewatan kerajaan Negeri Selangor. - Foto BERNAMA

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Portfolio 10 Exco Kerajaan Negeri Selangor diumum Rabu - MB Selangor
Portfolio 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor akan dimaklumkan selepas Mesyuarat Exco pertama Rabu ini.

Wakil dari BN juga dalam senarai Exco - MB Selangor
Amirudin mengesahkan ada wakil daripada ADUN BN akan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor.

Kaedah konvensional ternak babi punca pencemaran sumber air di Tanjung Sepat - Exco
Pencemaran sumber air yang dihadapi penduduk Tanjung Sepat, Kuala Langat didapati berpunca daripada penternak babi yang menggunakan kaedah penternakan dan kawalan pencemaran konvensional.

ECRL: Kerajaan rugi RM1.25 juta sehari akibat kelewatan kerajaan negeri Selangor - Mohd Zuki
Tindakan kerajaan negeri Selangor itu hanya akan menganggu perjalanan keseluruhan projek yang dijangka siap Disember tahun 2026.

5,589 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran, tapi bukan haram - Exco Selangor
Sebanyak 5,589 kilang tanpa kebenaran dikesan beroperasi di seluruh Selangor dengan 869 daripadanya berada di sekitar sungai.

'Ramai salah faham, tiada kilang haram sepanjang Sungai Selangor' - Exco Selangor
Ramai pihak juga salah faham dan mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Khidmat Haniza Mohamed Talha sebagai Exco Selangor berakhir hari ini
Khidmat Haniza Mohamed Talha sebagai Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar negeri Selangor tamat hari ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Tiga exco PAS tetap kekal dalam pentadbiran Selangor - Iskandar
Tiga anggota Exco Selangor daripada PAS tidak akan keluar daripada kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) selagi tidak menerima arahan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Paras air laut melepasi ban punca banjir kilat di Selangor
Paras air laut pasang yang melepasi ban di beberapa kawasan di pesisiran pantai Selangor dilihat punca berlakunya banjir kilat yang melanda beberapa lokasi di negeri ini.

10 exco kerajaan negeri Selangor
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai portfolio barisan Exco yang disifatkannya penjenamaan baru dari segi bidang tugas.