TEHRAN: Duta baharu Malaysia ke Iran Khairi Omar menyampaikan watikah pelantikannya kepada Presiden Seyyed Ebrahim Raisi pada Ahad (8 Januari) di pejabat Presiden.
Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, ketibaan Khairi di Pejabat Presiden disambut mesra oleh Raisi yang mendoakan kejayaan duta besar yang baharu dilantik itu sepanjang berada di Iran.
Khairi pula menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat daripada Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri kepada kerajaan dan rakyat Iran.
Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama rapat dengan pegawai Iran dan akan berusaha untuk mengembangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Iran ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, sains dan teknologi.
Khairi diiringi oleh Setiausaha Pertama Nizam Halimi dan Setiausaha Kedua Kedutaan Malaysia Mohd Tarmizi ketika menyampaikan surat tauliahnya.
Malaysia dan Iran menjalin hubungan diplomatik berikutan termeterainya Perjanjian Persahabatan pada 15 Januari 1968. Pada 1970, Malaysia membuka kedutaannya di Tehran manakala Iran menubuhkan Kedutaan negara itu di Kuala Lumpur pada 1981.
Pada masa ini, Iran merupakan rakan dagangan ke-50 terbesar Malaysia dan destinasi eksport ke-39 terbesar Malaysia.
Bagi tempoh antara Januari-Oktober 2022, jumlah dagangan antara Malaysia dan Iran bernilai RM 3.2 bilion (AS$718 juta dolar).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Khairi pula menyampaikan salam mesra dan ucapan selamat daripada Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong serta Perdana Menteri kepada kerajaan dan rakyat Iran. - Foto fail/REUTERS
Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber
Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka beroperasi di Malaysia.
Situasi di Hospital Kamal Adwan di Gaza amat berbahaya, kata pengarah
Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Syarikat Penerbangan Jepun, Japan Airlines (JAL) mengesahkan bahawa sistem elektroniknya mengalami serangan siber hari ini. Memetik laporan Reuters, serangan yang bermula sekitar 7.24 pagi Isnin waktu tempatan itu telah menyebabkan kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa.
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Duta besar baharu Malaysia ke Iran serah surat tauliah kepada Presiden
Malaysia dan Iran menjalin hubungan diplomatik berikutan termeterainya Perjanjian Persahabatan pada 15 Januari 1968.