KANGAR: Jualan durian tempatan didapati merosot di sesetengah tempat di sini ekoran orang ramai memilih untuk membeli durian dari Thailand yang lebih murah.
Seorang penjual durian di Seriab, Syed Alkhaled Syed Ali, 32, mendakwa hasil jualan durian tempatan di gerainya menurun 70 peratus daripada musim sebelum ini.
"Ramai orang beli durian Thailand kerana harganya lebih rendah berbanding durian tempatan iaitu sekitar RM15 sekilogram, manakala durian tempatan dijual pada harga antara RM23 hingga RM70 sekilogram bergantung kepada jenis durian dan kualiti buah," katanya kepada Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau yang berniaga durian sejak dua tahun lepas itu berkata masih ada pelanggan tetapnya yang hanya meminati durian tempatan.
"Walaupun hasil jualan merosot, saya tetap memilih untuk menjual durian tempatan kerana ingin beri kepuasan kepada peminat 'Raja Buah'," katanya.
Turut berkongsi pengalaman, peniaga durian Muhamad Haikal Amin, 38, berkata kenaikan harga durian tempatan setiap tahun menyebabkan beliau menumpukan jualan pada durian Thailand tahun ini.
"Rata-rata pelanggan meminta durian Thailand kerana harganya lebih murah, jadi tahun ini saya jual lebih banyak durian Thailand berbanding durian tempatan," katanya.
Menurutnya jualan durian dari negara jiran itu mendapat sambutan baik, namun beliau tetap menjual durian kampung sebagai pilihan kepada pengguna.
Sementara itu, seorang pekerja swasta Rashid Omar, 45, berkata beliau tetap setia membeli durian tempatan kerana rasanya yang manis dan wangi berbanding durian Thailand.
"Semalam saya ada beli durian Siam sebab sudah lama tidak rasa buah durian dari sana (Thailand), isi buah dan warna buah memang (gred) 'A' tetapi rasanya tidak boleh lawan keenakan durian tempatan.
"Bagi saya cita rasa setiap orang berbeza dan bergantung atas kemampuan masing-masing kerana harga durian tempatan agak mahal," kata bapa kepada dua orang anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Walaupun jualan durian dari negara jiran mendapat sambutan baik, ada peniaga tempatan tetap menjual durian kampung sebagai pilihan kepada pengguna. - Gambar hiasan/Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Petani Indochina kerja keras manfaatkan permintaan pasaran durian China
Durian telah menjadi produk eksport utama dalam ekonomi Indochina -- Kemboja, Laos dan Vietnam.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
FAMA pemudah cara bantu pengusaha durian kampung eksport ke China
FAMA diminta menjadi pemudah cara dan mencari mekanisme untuk membincangkan perkara itu kerana ia merupakan peluang melebarkan perniagaan pengusaha durian di kampung.