Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul khas melarang dua Naib Presiden PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu.
Usul dibentangkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah itu disokong oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan diluluskan selepas hampir dua jam dibahaskan oleh anggota dewan pada persidangan itu.
Sebanyak 47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31 (3) manakala tiga ADUN berkecuali.
Bagaimanapun, lima ADUN pembangkang iaitu daripada PKR dan DAP keluar dewan sebelum pengundian.
Ketika membentangkan usul itu, Tan mahu pihak berkuasa kerajaan mengharamkan kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah selain harus disiasat dan dikenakan tindakan undang-undang yang sewajarnya.
"Sementara pihak yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, Jacel H. Kiram atau sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan mereka diharamkan masuk ke Malaysia," katanya.
Tidak dimaafkan
Pada 9 November lepas tersebar gambar Nurul Izzah bertemu Jacel yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Tan berkata tindakan Nurul Izzah, yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, bertemu Jacel yang ada kaitan dengan pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.
BACA: Saya akan berdepan Jawatankuasa Parlimen dengan hati terbuka - Nurul Izzah
BACA: Demonstrasi gabungan NGO tidak mahu Nurul Izzah, Tian Chua ke Sabah
Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, yang mana insiden itu telah mengorbankan banyak nyawa termasuk anggota pasukan keselamatan.
Tan berkata pemergian Nurul Izzah bersama anggota Parlimen Batu, Tian Chua menemui Jacel menjadikan rakyat bertambah sangsi dan curiga bahawa mereka telah diperalatkan oleh anasir yang menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.
Tan menegaskan keselamatan dan kedaulatan adalah isu yang menyentuh hati dan jiwa raga rakyat Sabah dan apabila ada sesiapa sahaja yang cuba berdamping dan bermesra dengan musuh ia adalah pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.
Sementara itu, Musa berkata tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua, bukan sahaja menghina rakyat Sabah, tetapi sengaja memandang rendah pengorbanan pasukan keselamatan yang berjuang dan menggadai nyawa demi mempertahankan keselamatan Sabah.
Beliau menegaskan bahawa semua cadangan dan pandangan disuarakan pada persidangan kali ini akan diteliti dan dipertimbangkan bagi mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Ini termasuk tindakan menggunakan kuasa yang ada dan Akta Imigresen bagi menghalang pihak terbabit (Nurul Izzah dan Tian Chua) daripada memasuki negeri ini walau dari pintu mana sekali pun kerana dikhuatiri mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan Sabah," katanya.
BACA: Pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel Kiram dipersoal ahli politik termasuk pembangkang
Bernama
Thu Nov 26 2015
![DUN Sabah: Nurul Izzah, Tian Chua dilarang masuk ke Sabah DUN Sabah: Nurul Izzah, Tian Chua dilarang masuk ke Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41447949793_JacelKiramNurulI.jpg)
Gambar Nurul Izzah bertemu Jacel yang merupakan anak perempuan kepada bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III tersebar di media sosial pada 9 NOvember lalu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701657515_TBAmizarjpg.jpg)
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
![[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang [TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691850391_TBDRAWBRIDGEGELAP.jpg)
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
![Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690457128_FuziahSalleh.jpg)
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
![PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689254085_TBPDP.jpg)
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687599130_MohdZaffarollahMoh.jpg)
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
![MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61680166473_syedsaddiq.jpg)
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
![PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas' PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685183899_TBZAKIHARUN.jpg)
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
![PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687939964_TBSanusiMdNor.jpg)
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.
![MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688285321_TBamirudinshari.jpg)
MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN
Amirudin menghormati keputusan tiga Exco Negeri yang tidak akan mempertahankan kerusi DUN masing-masing pada PRN kali ini.
![PRN: Kelebihan dijangka memihak PN di Selangor - Penganalisis PRN: Kelebihan dijangka memihak PN di Selangor - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668882526_TBBENDERAPARTI.jpg)
PRN: Kelebihan dijangka memihak PN di Selangor - Penganalisis
Persaingan sengit antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.