KOTA KINABALU: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2024 membabitkan nilai sebanyak RM1,004,195,850 diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyata anggaran perbekalan tambahan yang dibentangkan adalah bagi melancarkan operasi pentadbiran kerajaan negeri sehingga akhir tahun 2024.
Mewakili dua perbelanjaan tertinggi, RM295 juta dan RM288 juta masing-masing menurut Masidi diperuntukkan bagi Caruman Kumpulan Wang Pembangunan dan Amanah, dan perbelanjaan operasi membabitkan penyelenggaraan dan pembaikan bangunan kerajaan, perkhidmatan dan pengangkutan logistik, tajaan biasiswa serta bantuan khas 'one-off' tiket penerbangan bagi pelajar pusat pengajian tinggi.
"Caruman Kumpulan Wang Pembangunan dan Amanah iaitu sebanyak RM295 juta atau 30 peratus yang merupakan perbelanjaan tertinggi.
"Diikuti dengan perbelanjaan operasi sebanyak RM288 juta atau 29 peratus yang meliputi perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur, perbelanjaan operasi penyelenggaraan dan pembaikan bangunan kerajaan, perkhidmatan dan pengangkutan logistik, tajaan biasiswa serta bantuan khas one-off tiket penerbangan bagi pelajar di pusat pengajian tinggi Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan", ujar Masidi di Bangunan DUN Sabah pada Selasa.
Bagi perbelanjaan pentadbiran, sebanyak RM173 juta diperuntukkan bagi melicinkan operasi pentadbiran di kementerian dan jabatan negeri yang terlibat.
Manakala, 24 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan diletakkan di bawah peruntukan khas, perbelanjaan pelaburan, dan pemberian geran kepada kementerian-kementerian di bawah kerajaan negeri.
Sementara itu, menurut Masidi sebanyak RM529 juta diperuntuk kepada Kementerian Kewangan membabitkan tambahan Kumpulan Wang Berkanun sebanyak RM295 juta, RM124 juta bagi membiayai projek infrastruktur dan utiliti, RM80 juta untuk pelaburan ekuiti, pinjaman dan pertukaran kepada geran untuk badan berkanun negeri, dan RM30 juta bagi menampung keperluan lain.
"Jumlah tertinggi iaitu sebanyak RM529 juta adalah diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM295 juta atau 55.8 peratus adalah sebagai tambahan kepada Kumpulan Wang Berkanun bagi mengurangkan defisit Akaun Pembangunan yang tidak melibatkan perbelanjaan sebenar dan caruman kepada Kumpulan Wang Amanah.
"Manakala sebanyak RM124 juta atau 23.4 peratus adalah untuk membiayai pelaksanaan projek infrastruktur dan utiliti; pertahanan tebing sungai; pembinaan dan pembaikan kemudahan awam seperti masjid, pasar awam, dewan serbaguna dan stadium sukan; serta perbelanjaan operasi dan pentadbiran.
"Sebanyak RM80 juta atau 15.1 peratus pula adalah untuk Pelaburan Ekuiti, Pinjaman dan Pertukaran Kepada Geran untuk Badan Berkanun Negeri, dan sebanyak RM30 juta atau 5.7 peratus bagi menampung keperluan lain seperti perkhidmatan pengangkutan dan logistik, serta penyewaan kenderaan swasta', Masidi menambah.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Jul 09 2024

Masidi berkata, penyata anggaran perbekalan tambahan yang dibentangkan adalah bagi melancarkan operasi pentadbiran kerajaan negeri sehingga akhir tahun 2024. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Malaysia menerajui ASEAN dalam aspek perumahan mampu milik - Juwai IQI
Malaysia membelanjakan jumlah yang besar, iaitu memperuntukkan RM2.85 bilion untuk perumahan mampu milik setiap tahun.

MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.

Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.

Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan tersebut akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat.

RM40 juta diperuntuk baik pulih tabika, taska Kemas - KP
Kira-kira 60 peratus daripada 10,600 kelas tabika dan taska diberikan keutamaan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dengan segera.

MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.

Kerajaan peruntuk lebih RM127 juta untuk bantuan musim tengkujuh - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM127.4 juta sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada 318,642 pekebun kecil di seluruh negara.

KPWKM sediakan peruntukan RM39.9 juta bantuan bencana - Noraini
KPWKM menyediakan sejumlah RM39.9 juta peruntukan bagi memastikan keperluan makanan dan barangan keperluan bencana kepada mangsa disalurkan sebaiknya bagi tahun ini.

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Kerajaan peruntuk RM25 juta laksana inisiatif RKB pada 2025, sasar 500 projek
Kerajaan memperuntukkan RM25 juta sebagai komitmen pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dengan sasaran pelaksanaan 500 projek pada tahun depan.