IPOH: Kerajaan Negeri Perak bersama-sama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan RM5.55 juta kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di negeri ini pada tahun lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penyaluran bantuan per kapita itu bertujuan untuk pengurusan sekolah-sekolah tersebut.
Menurutnya, angka berkenaan adalah sebahagian daripada jumlah RM7.27 juta yang diperuntukkan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan, juga melalui agensi masing-masing.
Antara agensi yang turut terlibat adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
“Selain itu, turut disalurkan, bantuan naik taraf dan selenggara bangunan atau infrastruktur sebanyak RM1.64 juta serta bantuan internet guru bagi tujuan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebanyak RM76,700.
“Jumlah keseluruhan bantuan untuk pengurusan sekolah, naik taraf dan selenggara bangunan dan infrastruktur serta internet guru adalah sebanyak RM7.27 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zainun Mat Noor (BN-Chenderoh) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14, di sini, hari ini.
Sementara itu, Zainun dalam soalan tambahannya bertanya mengenai kesediaan kerajaan negeri dalam membantu sekolah-sekolah Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), terutama yang berkeadaan daif.
Saarani memaklumkan, kerajaan negeri bersedia, malah pada setiap sesi pembentangan belanjawan tahunan, akan menyediakan sebahagian peruntukan untuk perkara berkenaan.
“Jika ada, Yang Berhormat boleh membuat apa-apa permohonan untuk diadakan sesi penilaian teknikal yang membabitkan Pejabat Tanah dan Daerah,” jelas beliau.
Selain itu, Datuk Samsuddin Abu Hassan (BN-Ayer Kuning) mencadangkan beberapa perkara kepada kerajaan negeri untuk memperkasakan lagi institusi maahad tahfiz di Perak.
Antaranya, mewujudkan pusat latihan pengurusan tahfiz, pusat latihan akademik al-Quran, pusat lanjutan tahfiz dan pengajian kitab, pusat lanjutan tahfiz dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), serta pusat lanjutan tahfiz dan pertanian.
Menteri Besar berkata kerajaan negeri sedia memperhalusi cadangan berkenaan yang pernah dikemukakan Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (PEMATAP) sebelum ini.
Amirrul Rabbani
Wed Mar 30 2022
![DUN Perak: RM7.27 juta salur kepada SRAR DUN Perak: RM7.27 juta salur kepada SRAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647841456_DatukSeriSaaraniM.jpg)
Saarani berkata, kerajaan negeri sedia membantu sekolah KAFA terutama yang daif dan menyediakan sebahagian peruntukan untuk perkara berkenaan pada setiap sesi pembentangan belanjawan. - Gambar fail
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707039120_TBAKMALSALEH.jpg)
Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sedia bertemu empat mata dengan seorang pengguna TikTok yang mengkritik beliau berhubung peruntukan sekolah agama rakyat.
![DUN Perak: RM7.27 juta salur kepada SRAR DUN Perak: RM7.27 juta salur kepada SRAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647841456_DatukSeriSaaraniM.jpg)
DUN Perak: RM7.27 juta salur kepada SRAR
Saarani berkata, penyaluran bantuan per kapita itu bertujuan untuk pengurusan sekolah-sekolah tersebut.
![SAR, tahfiz, sekolah pondok perlu berdaftar untuk terima bantuan kerajaan SAR, tahfiz, sekolah pondok perlu berdaftar untuk terima bantuan kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566915353_MujahidYusof.jpg)
SAR, tahfiz, sekolah pondok perlu berdaftar untuk terima bantuan kerajaan
Tahfiz, sekolah agama rakyat dan sekolah pondok yang tidak berdaftar disaran untuk berbuat demikian bagi mendapatkan bantuan kerajaan berjumlah RM100 juta yang disalurkan Kementerian Kewangan.
![Agihan RM25 juta SAR, SAP, SAN ikut keperluan - Maszlee Agihan RM25 juta SAR, SAP, SAN ikut keperluan - Maszlee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571752960_MaszleeMalik.jpg)
Agihan RM25 juta SAR, SAP, SAN ikut keperluan - Maszlee
Peruntukan tambahan RM25 juta kepada sekolah agama rakyat, sekolah agama persendirian dan sekolah agama negeri akan diagihkan mengikut keperluan
![Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - TPM Zahid Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/51505653851_DSZahidHamidi.jpg)
Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - TPM Zahid
Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.