SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan Belanjawan Negeri 2024 bertemakan 'Bersama Membina Negeri MADANI' yang memfokuskan kepada sembilan teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dan Skim Sejahtera Rakyat.
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 dengan peruntukan sebanyak RM555 juta merangkumi ekonomi, pelaburan dan infastruktur serta kesejahteraan rakyat itu dibahaskan selama tiga hari bermula 4 Dis lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika sesi penggulungan berkata semua pihak perlu mengambil maklum bahawa belanjawan itu melibatkan jumlah yang terhad, namun ia pastinya memberi keutamaan kepada rakyat secara keseluruhan selain mengatasi beberapa masalah.
Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata kerajaan negeri sedia membenarkan penerokaan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) bermula tahun depan bagi membantu meningkatkan hasil negeri.
Aminuddin berkata untuk tujuan itu, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sedang diusahakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dengan mengambil contoh SOP negeri Perak yang dirangka melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
"SOP itu dibuat melibatkan pakar bidang perlombongan, agensi selain merangkumi semua perundangan yang sedang dikuatkuasakan termasuk Enakmen Mineral Negeri, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
"Sebarang perkembangan perlombongan hasil mineral itu juga tertakluk kepada kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) dan skim pengendalian melombong oleh Jabatan Mineral dan Geosains," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu berkata kerajaan negeri juga berpendirian menolak dan tidak menyokong sebarang aktiviti perlombongan NR-REE itu di hutan simpan kekal, rizab perlindungan dan kawasan sensitif alam sekitar.
Beliau berkata perlombongan itu akan menggunakan kaedah in situ bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar kerana melibatkan penggunaan tanah yang minimum selain lebih selamat dan mesra alam.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri bercadang melaksanakan garisan 'glow in the dark' atau bercahaya dalam gelap di Pantai Temiang Bypass dan jalan Lukut-Sepang iaitu permohonan telah dimajukan kepada Jabatan Kerja Raya untuk dilaksanakan tahun depan selepas peruntukan diperoleh.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias pula berkata peruntukan RM1.69 juta disalurkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri bagi pelaksanaan Program Peningkatan Pengeluaran Ternakan.
Beliau berkata peruntukan itu dilihat cukup dan munasabah untuk memastikan pengeluaran daging di negeri ini terus meningkat dan stabil, sekali gus memastikan keterjaminan bekalan makanan di Negeri Sembilan.
Bagi memperkasakan seni dan budaya di negeri ini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata pihaknya menganjurkan pelbagai program termasuk Citra Malaysia 'Colours Of Malaysia' (COM) bagi mengangkat seni persembahan beridentitikan negeri Adat Perpatih.
Sementara itu, persidangan DUN turut meluluskan RUU untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960 mengenai kenaikan elaun Diraja.
Persidangan DUN ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
![DUN Negeri Sembilan lulus Belanjawan 2024 DUN Negeri Sembilan lulus Belanjawan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701865588_TBAminuddin.jpg)
Aminuddin berkata semua pihak perlu mengambil maklum bahawa belanjawan itu melibatkan jumlah yang terhad, namun ia pastinya memberi keutamaan kepada rakyat secara keseluruhan selain mengatasi beberapa masalah. - Gambar Bernama
![Enam jam kaki tersepit di batu sungai Enam jam kaki tersepit di batu sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387834_LelakiTersepit.jpg)
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
![Lelaki maut motosikal rempuh kereta Lelaki maut motosikal rempuh kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720387781_LelakiMaut.jpg)
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
![Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720392435_Frenchparliamentary.jpg)
Gabungan baharu NFP mendahului pusingan kedua pilihan raya Perancis
Gabungan baharu New Popular Front iaitu parti berhaluan tengah dan kiri Perancis memenangi kerusi terbanyak dalam pusingan kedua undi.
![Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712406184_GobindSinghDeo.jpg)
Pindaan Akta 709 tidak pengaruhi usaha wujudkan 'kill switch' penipuan dalam talian
Pindaan Akta 709 tidak mempengaruhi satu akta baharu yang bakal bertindak sebagai 'kill switch' kepada aktiviti pemipuan dalam talian.
![Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720360493_TBBukitMerah.jpg)
Keputusan pembenihan awan tertakluk pada jawatankuasa khas - Exco Perak
Keputusan untuk melaksanakan OPA di Perak, susulan cuaca kering dan penyusutan empangan Kolam Bukit Merah, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan kerajaan negeri.
![Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720360689_TBAdamAdli.jpg)
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654247255_YangDipertuaNegeri.jpg)
Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 27 Mei lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.
![Johor negeri pertama mulakan persidangan DUN hari ini Johor negeri pertama mulakan persidangan DUN hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628728531_TBPerdanaMenteri.jpg)
Johor negeri pertama mulakan persidangan DUN hari ini
Persidangan kali ini penting dan mencuri tumpuan memandangkan negara masih berdepan dengan cabaran mengekang penularan pandemik COVID-19.
![Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik - MB Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593045502_AmirudinShari.jpg)
Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik - MB
Tindakan itu juga merupakan langkah penstrukturan semula Yayasan Selangor termasuk bagi mengurangkan beban hutang penyewaan dan pembiayaan pengajian berjumlah RM34 juta.
![PKPB: Sidang DUN Perlis esok hanya 90 minit PKPB: Sidang DUN Perlis esok hanya 90 minit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71589868425_DUNPERLIS.jpg)
PKPB: Sidang DUN Perlis esok hanya 90 minit
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok hanya akan berlangsung selama satu jam setengah.
![Sidang DUN ujian pertama Mukhriz sebagai MB Kedah Sidang DUN ujian pertama Mukhriz sebagai MB Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/61371990497_295x200.jpg)
Sidang DUN ujian pertama Mukhriz sebagai MB Kedah
Persidangan dewan berjalan lancar yang menyaksikan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pembangkang dengan memuaskan.