JEMPOL: Duit raya buat cucu yang disimpan di dalam al-Quran hampir hangus selepas kediaman seorang wanita warga emas di Felda Palong 7 di sini terbakar 90 peratus dalam kejadian kebakaran pagi Sabtu.
Robiah Waris, 64, berkata, wang berkenaan disimpan sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu untuk 18 orang cucunya yang berumur 8 bulan hingga 15 tahun.
"Saya memang sudah berniat untuk bagi cucu duit raya RM20 seorang, kalau ada lebih saya akan beri mereka lebih. Jadi kalau ada RM20 dalam tangan saya terus simpan dan selitkan di dalam al-Quran.
"Dalam kejadian pagi tadi, wang berkenaan berjaya ditemui semula namun keadaannya hampir hangus. Seplastik juga tetapi saya tidak pasti berapa jumlahnya kerana tak pernah kira sejak disimpan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian pada Sabtu.
Menceritakan kembali kejadian itu, Robiah yang juga ibu tunggal melahirkan rasa syukur apabila kejadian yang menimpanya itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
"Saya berada di kebun bersama anak lelaki ketika itu manakala anak perempuan saya, menantu dan empat cucu berada di rumah mentuanya di sekitar Felda Palong 7 ini juga.
"Mereka sebelum itu berbuka puasa dan bermalam di sini, namun bergerak ke rumah mentuanya pagi tadi sebelum dikejutkan dengan kejadian rumah terbakar.
"Saya reda dengan ujian ini dan menerima seadanya, tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Apa yang lebih penting semuanya selamat,tiada yang cedera kerana apa yang kita ada ini hanya pinjaman daripada Allah SWT sahaja," katanya yang mendiami Inap Desa GPW Felda Palong 7 bersama anak lelakinya buat sementara waktu.
Sementara itu, Robiah berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan disambut secara sederhana selain mengakui kehadiran anak-anak serta cucunya sudah memadai dan menggembirakannya.
Sinar Harian pada Sabtumelaporkan Komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Hazreen Mohd Zahar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.31 pagi dan tiga pegawai dengan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol serta tiga anggota bomba bantuan diarahkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah Felda separuh kekal yang terbakar 90 peratus. Terdapat dua mangsa,seorang wanita warga emas berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia 26 tahun. Bagaimanapun kedua-dua mereka selamat.
"Api dapat dikawal dalam masa 10 minit dan padam sepenuhnya setengah jam kemudian. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 16 2022
Keadaan kediaman Robiah yang 90 peratus hangus. (Gambar kecil) Duit raya buat cucu yang hampir hangus. -Foto Sinar Harian
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Duit raya buat cucu hampir hangus
Robiah Waris, 64, berkata, wang berkenaan disimpan sejak sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu untuk 18 orang cucunya yang berumur 8 bulan hingga 15 tahun.