Peniaga di Kampung Kijal dan Kemasek, Kemaman, mendakwa diperdaya wanita dan pasanganya dengan menggunakan wang palsu bernilai RM100.
Taktik yang digunakan adalah dengan melipat wang berkenaan ketika membuat bayaran bagi mengelak dikesan.
Seorang peniaga dari Kampung Meraga Beris, Kijal, Nurhaslida Mohamad, 36 tahun, berkata, wanita yang berusia dalam lingkungan 20an dan pasangannya yang berusia dalam lingkungan 50an datang ke kedainya kira-kira jam lima petang, Ahad lalu untuk membeli keropok keping bernilai RM15.
“Dia beri duit tersebut dalam keadaan terlipat, saya pun tidak perasan yang duit itu adalah palsu.
“Saya pun terus bagi kepadanya duit baki RM85 dan mereka terus beredar,” jelasnya.
Sementara itu, seorang peniaga ayam goreng di Kampung Kemasek, Muhamad Iskandar Alias, 25 tahun , berkata, dia cuba mengejar kereta jenis Toyota Altis yang dinaiki suspek selepas menyedari duit yang diterima adalah palsu.
“Saya tengok balik duit yang diberi itu dan perasan warnanya lain. Saya terus mensyaki yang saya telah ditipu dan diberikan duit palsu.
“Saya terus kejar kereta suspek namun tidak sempat,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Mohd Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, suspek menyasarkan kedai di kawasan kampung dan kereta yang dinaiki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 489 Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu.
Sharom Abu Bakar
Wed Jun 12 2019
Suspek menyasarkan kedai di kawasan kampung dan kereta yang dinaiki menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Sindiket Bulgaria promosi kualiti dokumen palsu, tunjuk contoh pasport Sylvester Stallone
Empat warga Bulgaria ditahan pihak berkuasa kerana mendalangi sindiket hasilkan pasport selain wang kertas palsu.
Warga Indonesia ditangkap di Tawau bersama 10 juta Real Brazil disyaki palsu
Suspek berusia 27 tahun tersebut ditahan bersama-sama beg mengandungi 1,000 keping not Real dengan setiap satu kepingan bernilai 10,000 BRL.
Duit palsu RM100, peniaga kampung ditipu
Taktik yang digunakan adalah dengan melipat wang berkenaan ketika membuat bayaran bagi mengelak dikesan.
Sindiket 'black money' tumpas
Polis berjaya menangkap 10 anggota sindiket membabitkan warga tempatan, warga Sierra Leone, warga Guinea dan juga warga Palestin.