Tertuduh, Nazarin Romeli, 51, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chew King.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul seorang wanita berusia 26 tahun di tapak Bazar Ramadan Lurah Semantan kira-kira jam 6.40 petang pada 6 Mac lalu.
Bagi pertuduhan kedua, pada waktu, tarikh dan lokasi sama, tertuduh juga didakwa telah mencabul seorang wanita berusia 22 tahun di bazar sama kira-kira jam 6.20 petang pada 10 Mac lalu.
Pertuduhan seterusnya, di bazar sama pada 6 Mac kira-kira jam 6.40 petang, dia didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah dengan mencabul wanita berusia 28 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan.
Adriana meminta supaya tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM7,000 bagi setiap pertuduhan selain meminta syarat tambahan supaya tidak mendekati mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.
Nur Shazwani dalam rayuannya memberitahu tertuduh yang bekerja kampung dengan pendapatan RM1,000 dan memiliki tiga tanggungan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin keseluruhan RM14,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan tarikh sebutan semula pada 17 April untuk pengurusan dokumen serta lantikan peguam.
Sebelum ini, tular klip video yang memaparkan aksi lelaki itu tular di aplikasi sosial TikTok pada 11 Mac lalu yang dilihat sengaja melanggar pengunjung wanita di bazar tersebut dan ditahan polis sehari kemudian di bazar terbabit. - Sinar Harian
