"Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian anak bongsu saya."
Itulah keluhan seorang bapa, Mohd Nazri Mohamad Yusof, yang hampir dua tahun berusaha merungkai persoalan tersebut selepas sebuah hospital swasta di sini hanya menyatakan kematian anaknya sebagai 'tidak diketahui'.
Penguasa marin berusia 40 tahun itu berkata, punca kematian yang diberitahu pihak terlibat sukar diterima kerana anaknya, Wan Naufal Afeef, 11 bulan, hanya mengalami demam ketika ditahan di hospital swasta itu pada 9 Julai 2016 namun meninggal dunia enam hari kemudian selepas menerima rawatan.
"Saya amat kesal apabila kematian anak saya tidak diketahui puncanya. Disebabkan itu, saya telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia agar mereka dapat membantu saya dalam hal ini secara lebih lanjut.
"Sebagai ibu bapa, saya dan isteri mahu tahu punca kematian Wan Naufal Afeef kerana sepanjang hayatnya, anak bongsu kami itu tidak pernah mempunyai sebarang rekod kesihatan yang teruk," katanya kepada Bernama ketika ditemui, di sini pada Selasa.
Mohd Nazri berkata, beliau juga telah berusaha sendiri menghantar jenazah anaknya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 15 Julai 2016 untuk proses bedah siasat termasuk ujian toksikologi tetapi laporan menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu sebagai tidak dapat dipastikan.
Tambah beliau lagi, disebabkan hospital swasta terbabit mengklasifikasikan punca kematian anaknya sebagai 'tidak diketahui', sehingga kini pihaknya juga sukar memperoleh sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Jelas bapa kepada tiga orang anak itu, tindakannya membuat aduan di agensi-agensi tertentu bukan untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi hanya mahu memohon bantuan menyelesaikan isu tersebut selain sebagai membuka mata masyarakat supaya sebarang kes kematian yang tidak diketahui punca tidak berulang.
Dalam pada itu, Pengarah JPN Selangor, Zahrol Zainal ketika dihubungi berkata pihaknya akan melihat semula kes berkenaan kerana setiap kematian sepatutnya dikeluarkan sijil mati sebagai rekod.
"Kalau ada permit kubur dan laporan polis, sepatutnya sijil mati sudah dikeluarkan walaupun punca kematian dikategorikan sebagai tidak diketahui. Saya akan teliti semula kes ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 13 2018

Mohd Nazri menunjukkan laporan bedah siasat dan surat pemberitahuan kematian anaknya yang kematiannya diklasifikasi sebagai 'tidak diketahui' pada satu sidang media di Shah Alam, 13 Feb. -- fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

China fail aduan kepada WTO terhadap kenaikan tarif AS
Tindakan AS mengenakan tarif tambahan ke atas produk China dilihat melanggar peraturan WTO secara serius.

'Ini kali pertama dalam karier tidak terima gaji tujuh bulan'
Mohd Amer tidak tolak kemungkinan dia dan rakan sepasukan akan membuat aduan rasmi kepada pihak sepatutnya jika masih tidak ada jalan penyelesaian.

KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.

99 aduan pelupusan bahan buangan terjadual secara haram direkodkan - Nik Nazmi
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata daripada jumlah itu, 13 kes didapati mempunyai asas kukuh dan telah diambil tindakan penguatkuasaan.

Pemantauan pergerakan lori di seluruh negara diperketat
Menerusi aduan diterima, terdapat pemandu lori ini yang melanggar tempoh masa pergerakan dan membawa muatan berlebihan.

Pusat Respons Scam Kebangsaan terima 122,603 panggilan aduan sehingga Ogos 2024 - MOF
Berdasarkan aduan yang diterima itu, jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM371 juta.

Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.

Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.

Kad akreditasi pemandu bas sedang diperinci - Loke
Kad akreditasi kepada pemandu dan pengusaha bas membolehkan mereka dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku aduan atau sesuatu insiden.

Pukul OKU: Buat aduan kepada IPCC sekiranya ragu siasatan kes - Azalina
Mana-mana pihak boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang diwujudkan untuk melindungi hak rakyat.