RAWANG: Dua tahanan yang disyaki menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat dipercayai turut terlibat dengan aktiviti sama di sebuah lagi premis di sekitar kawasan berkenaan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati modus operandi kedua-dua kejadian adalah sama dan siasatan lanjut masih dilakukan berkaitan kes terbabit.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Selangor 2023 di Pusat Kegiatan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor di sini hari ini.
Sebelum ini, seorang pengurus sebuah restoran makanan segera membuat laporan polis memaklumkan papan menu makanannya telah digodam dengan tiba-tiba berubah kepada paparan gambar produk makanan mengandungi darah, bom, peluru dan tulisan "Proud Sponsors of Israeli Terorrism".
Hussein berkata dua lelaki berumur 26 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada Selasa lepas, dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 selain turut merampas telefon bimbit kedua-dua suspek.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari hingga esok (5 Nov) bagi membantu siasatan.
Terdahulu, beliau berkata Polis Selangor ingin menambah kawasan liputan dan kekerapan rondaan di kawasan perumahan memandangkan ia lebih penting berbanding menambah bilangan balai baharu.
"Balai polis bukan dihadiri oleh orang awam pada setiap hari, jadi dengan adanya rondaan yang kerap dan kawasan liputan yang luas dalam konteks pencegahan jenayah lebih bermakna," katanya dan menambah kini terdapat 11 Taman Angkat Amanita di Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati modus operandi kedua-dua kejadian adalah sama dan siasatan lanjut masih dilakukan berkaitan kes terbabit. - Gambar fail/Bernama
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Dua suspek godam papan menu pernah lakukan perbuatan sama - Polis
Dua tahanan yang disyaki menggodam papan menu digital sebuah restoran di Kuala Langat dipercayai turut terlibat dengan aktiviti sama di sebuah lagi premis di sekitar kawasan berkenaan.