Dua serpihan pesawat yang ditemui di pantai di Mozambique, hampir pasti milik pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.
Perkara berkenaan dirumuskan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dalam laporan awal yang dikeluarkan pada Selasa.
ATSB dalam laporannya memberitahu, serpihan pertama yang ditemui pada 27 Disember 2015, merupakan bahagian segmen trek flap, hampir pasti dari pesawat Malaysia Airlines jenis Boeing 777 yang didaftarkan sebagai 9M-MRO.
Ia dikenal pasti daripada nombor 676EB yang tertera pada bahagian itu, dan disahkan berasal dari sayap kanan pesawat.
Jelas ATSB, semua dimensi, bahan-bahan, pembinaan dan ciri-ciri yang boleh dikenal pasti diukur dan dibandingkan dengan lukisan Boeing yang digunakan untuk pengesahan.
Tulisan dan warna 676EB menurut ATSB bagaimanapun bukan daripada pengeluar asal, tetapi sebaliknya sama dengan yang dihasilkan dan digunakan oleh Malaysia Airlines Berhad (MAB) semasa operasi mengecat.
Bahagian berkenaan telah dicat semula, dan ini adalah konsisten dengan rekod penyelenggaraan MAB untuk pesawat 9M-MRO.
Panel penstabil
Sementara itu, serpihan kedua disahkan ATSB sebagai panel penstabil mendatar, juga didaftarkan bagi pesawat 9M-MRO.
Serpihan kedua ditemui 220 kilometer dari lokasi penemuan serpihan pertama pada 22 Februari lalu.
Serpihan ini dikenal pasti daripada imej material, pembinaan dan tulisan 'NO STEP' yang tertera pada bahagian berkenaan.
Seperti serpihan pertama, ATSB menjelaskan semua dimensi, bahan-bahan, pembinaan dan ciri-ciri yang boleh dikenal pasti diukur dan ia didapati menyerupai lukisan Boeing untuk panel penstabil.
Bahagian berkenaan ditandakan pada permukaan atas menggunakan cat hitam dengan tulisan 'NO STEP'.
Bagaimanapun jenis tulisan dan lokasi tulisan 'NO STEP' bukan berasal dari pengeluar, sebaliknya konsisten dengan yang dibangunkan dan digunakan oleh MAB.
Gambarajah di atas dan laporan penuh mengenainya boleh didapatkan di pautan https://www.atsb.gov.au/publications/investigation_reports/2014/aair/ae-2014-054/
ATSB menjelaskan ketika laporan ditulis, ujian berterusan masih dijalankan berkenaan dengan pengenalan ekologi marin serta ujian sampel bahan.
Keputusan-keputusan ujian berkenaan jelas ATSB akan diserahkan kepada pasukan penyiasat Malaysia sebaik sahaja ia dilengkapkan.
Kehilangan MH370 disifatkan misteri terbesar dalam sejarah penerbangan dunia. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Marlina Manaf
Wed Apr 20 2016
Salah satu daripada dua serpihan komponen pesawat yang ditemukan di Mozambique. - Gambar fail
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
AWANI Ringkas: USS Abraham Lincoln | Operasi pencarian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
9 sekeluarga terperangkap rumah atas air tiba-tiba roboh, tenggelam
Seramai sembilan sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak OKU berdepan detik cemas apabila rumah yang didiami mereka di Kampung Air, di Semporna tiba-tiba roboh dan tenggelam dalam air.
AWANI Borneo [23/11/2024] – Kerajaan MADANI | Air oh air | Regatta Lepa
AWANI Borneo Sabtu, 23 November 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Suara Rakyat : Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera.
Regatta Lepa, pelancong teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
Penambahbaikan jejantas di Petagas dilaksanakan berperingkat
Penambahbaikan jejantas di kawasan Petagas, Putatan akan segera dilaksana secara berperingkat dalam memaksimakan aspek keselamatan para penduduk setempat.
Loji baharu siap April 2025 bantu selesaikan masalah di Putatan
Timbalan Ketua Menteri yang merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya memberi jaminan pembinaan loji baru dapat menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan putatan secara menyeluruh.
Pengunjung luar negara teruja rasai keunikan masyarakat Bajau
Sambutan pesta Regatta Lepa 2024 Semporna memberi pengalaman cukup luar biasa buat pengunjung dalam dan luar negara.
Penduduk Putatan rayu masalah air diselesaikan segera
Penduduk Putatan, Sabah mengeluh bekalan air di kawasan mereka terputusa sehingga berhari-hari dan rayu masalah itu diselesaikan segera.
RM127 juta diperuntuk bagi pembangunan pendidikan
Sebanyak RM127 juta ringgit diperuntukkan bagi pembangunan pendidikan dan modal insan di Sabah menerusi Belanjawan Sabah 2025.
Malaysia pertimbang tawaran pencarian semula MH370 di lokasi baharu
Malaysia sedang mempertimbang tawaran daripada syarikat robotik marin, Ocean Infinity dari United Kingdom untuk meneruskan operasi pencarian MH370.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.
Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.
Isyarat baharu MH370: 'Sudah 10 tahun berlalu, tiada apa yang berubah'
Intan Maizura berkata walaupun semua teknologi canggih di dunia ini digunakan, ia tidak akan mengubah apa-apa.
Isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat
Penyelidik dari Wales dilaporkan mengambil isyarat enam saat menggunakan mikrofon bawah air atau hidrofon yang berpotensi membawa ke lokasi terakhir pesawat.
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Kerajaan teliti cadangan Ocean Infinity mulakan semula pencarian MH370
Kerajaan sedang meneliti cadangan syarikat robotik marin Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang.
Kehilangan MH370: Anthony Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
Kehilangan MH370: Loke jumpa Ocean Infinity awal Mei ini
PM Anwar ingatkan tidak terlalu berharap kejayaan dalam misteri penerbangan MH370
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengingatkan agar harapan terlalu tinggi tidak diletakkan dalam usaha mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, 10 tahu
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.