Dua buah rumah banglo warisan yang terletak di Lebuh Raya Peel berkemungkinan bakal dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan hotel dan hospital swasta, dakwa Penang Citizen Awareness Chant Group, pada Khamis.
Penasihatnya Yan Lee berkata walaupun tiada sebarang makluman mengenai perobohan bangunan warisan kategori dua itu, pihaknya mendapati Pelan Kebenaran Merancang telah dibuat pemaju melibatkan kawasan berkenaan.
Yan Lee berkata pihaknya percaya perobohan itu untuk cadangan pembinaan 400 bilik hotel dan 380 unit Medical Suite Island Hospital.
Menurutnya, permohonan merobohkan bangunan dan struktur untuk pembinaan hospital 12 tingkat, tempat letak kereta berlapis dan laluan bawah tanah di atas kawasan berkeluasan lebih tiga hektar itu telah dihantar kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Julai lalu.
Sehubungan itu, pihaknya menggesa kerajaan negeri melaksanakan kajian penilaian impak bangunan warisan dengan melibatkan rundingan awam daripada rakyat di negeri itu sebelum meluluskan cadangan pembinaan projek tersebut.
“Pihak kami sekali lagi akan membentangkan perkara ini secara terbuka kepada orang awam memandangkan projek ini berkaitan dengan tanah rakyat itu sendiri”, nyata Yan Lee.
Dalam soal ini, Yan Lee berkata seharusnya satu kajian sosial dilakukan sebelum projek berkenaan diluluskan termasuk kajian trafik dan sebagainya.
Pada masa sama, pihaknya berharap Kementerian Kesihatan tidak sewenang-wenangnya meluluskan projek berkenaan kerana Island Hospital telah lama beroperasi dan memberikan perkhidmatan kesihatan.
Dalam pada itu, Yan Lee turut mempersoalkan tujuan kerajaan negeri melaksanakan pembangunan tersebut walaupun dilihat terpaksa menggadaikan bangunan warisan dan tanah rakyat.
Sebelum ini, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengesahkan bahawa Lebuh Raya Peel diberikan pajakan jangka panjang dengan nilai RM156 juta dan perjanjian dengan Island Hospital untuk projek pembangunan itu dibuat menerusi projek terbuka sebelum ramai pihak mempertikaikannya.
Astro Awani
Fri Sep 08 2017
![Dua rumah warisan di Lebuh Raya Peel didakwa bakal diroboh Dua rumah warisan di Lebuh Raya Peel didakwa bakal diroboh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81504795934_rumahwarisan.jpg)
Penang Citizen Awareness Chant Group percaya perobohan itu untuk pembinaan 400 bilik hotel dan 380 unit Medical Suite Island Hospital. -Foto Astro AWANI
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
![Kerajaan belum terima maklumat tepat punca Meta turunkan kandungan media sosial PM Kerajaan belum terima maklumat tepat punca Meta turunkan kandungan media sosial PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723038359_FahmiFadzil.jpg)
Kerajaan belum terima maklumat tepat punca Meta turunkan kandungan media sosial PM
Fahmi berkata Meta bagaimanapun menyatakan komitmen untuk terus mengadakan perbincangan dan menerima maklum balas serta input daripada kerajaan.
![Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik - TPM Fadillah Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721554951_DatukSeriFadillah.jpg)
Kontraktor bertanggungjawab perlu menyiapkan projek kerajaan dengan baik - TPM Fadillah
Kontraktor perlu tandatangan ikrar bagi memastikan projek siap dalam tempoh yang ditentukan serta mengikut spesifikasi, standard dan bajet ditetapkan.
![Perkemas semula polisi berkaitan keselamatan siber - Siraj Jalil Perkemas semula polisi berkaitan keselamatan siber - Siraj Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721389611_ShirajJalil.jpg)
Perkemas semula polisi berkaitan keselamatan siber - Siraj Jalil
Menurut Siraj Jalil, dengan adanya kesedaran tentang isu ini, ia dapat mengurangkan rasa cemas dalam kalangan masyarakat.
![Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718188753_AmirHamzahAzizan.jpg)
Usaha bersepadu kerajaan pacu prestasi ringgit terus mengukuh - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, prestasi ringgit bertambah baik dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini susulan strategi bersepadu kerajaan.
![Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719398119_tbMohdAliHanafiah.jpg)
Pengendali media sosial rasmi kerajaan perlu cakna perubahan corak pemikiran, penerimaan mesej oleh rakyat
Pengendali akaun media sosial rasmi kerajaan perlu didedahkan dengan pelbagai pengetahuan digital.
![Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719328068_TBAgong.jpg)
Kerajaan laksana beberapa acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Kerajaan akan melaksanakan beberapa acara lain bersempena dengan Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim, yang dijadual berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai.
![[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau' [KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719028574_tbKualaLumpurGener.jpg)
[KOLUMNIS] Kejatuhan daya saing negara: 'Jangan panik tetapi mesti risau'
Kedudukan daya saing Malaysia umumnya menurun dari tahun ke tahun sejak bertahun yang lalu.
![Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
![UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713881859_TBDATUKSERIDRZ.jpg)
UiTM: Kerajaan tidak pernah bincang buka kepada bukan Bumiputera
Menurut Zambry, perkara itu tidak dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun Kabinet.
![Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Mahkamah tolak rayuan untuk ketepi ganti rugi RM450,000 kepada balu tahanan mati dalam lokap
Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.