KOTA TINGGI: Dua remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Jalan Felda Air Tawar 4 dekat sini pada malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kejadian pada jam 8.40 malam itu melibatkan motosikal Yamaha Y15 ZR dinaiki mangsa dengan satu lagi motosikal jenis sama.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal dua remaja terbabit datang dari arah Felda Air Tawar 4 menghala ke Felda Air Tawar 5.
"Semasa sampai di jalan utama Felda Air Tawar 4, motosikal dua mangsa tersebut hilang kawalan dan bertembung dengan satu lagi motosikal Y15 ZR secara berdepan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut, kedua-dua remaja berkenaan cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Hussin, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui kejadian sebenar.
"Orang awam dinasihatkan supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama," ujar beliau.
Terdahulu, tular perkongsian dalam Facebook Orang Kota Tinggi berhubung kemalangan maut di jalan masuk Felda Air Tawar 4 yang membabitkan dua penunggang motosikal.
Dalam hantaran itu mendakwa kawasan kemalangan sudah beberapa hari bergelap akibat lampu jalan tidak hidup.
"Semoga dipermudahkan segala urusan dan salam takziah buat keluarga arwah," tulisnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 07 2023
Dua remaja maut selepas motosikal dinaiki melanggar sebuah motosikal lain secara berdepan di Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi pada malam Sabtu. -Foto Sinar Harian
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Cuba elak sekatan polis, dua maut akibat motosikal bertembung
Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung ketika cuba melarikan diri dari sekatan Operasi Samseng Jalanan.
Motosikal bertembung, lelaki OKU maut
Mangsa yang kudung kaki kanan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pelajar UniSZA maut kemalangan dalam kampus
Mangsa, Wan Muhamad Azhar Izzuddin Wan Abdul Razak, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dakwah, maut di lokasi kejadian.
Dua remaja maut motosikal bertembung
Kejadian pada jam 8.40 malam itu melibatkan motosikal Yamaha Y15 ZR dinaiki mangsa dengan satu lagi motosikal jenis sama.
Pelajar Tingkatan 4 maut, 2 rakan parah motosikal berlanggar sesama sendiri
Seorang pelajar maut manakala dua rakannya parah setelah motosikal yang ditunggangi berasingan berlanggar sesama sendiri di Jalan Kampung Bukit Belah, Tikam Batu di sini pada Sabtu malam.
Jururawat, anggota polis maut motosikal bertembung di Jalan Sardon
Seorang anggota polis dan jururawat meninggal dunia dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Jalan Tun Sardon , Pulau Pinang.
Dua remaja maut motosikal bertembung awal pagi
Dua remaja termasuk seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dalam kejadian di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka.
Motosikal bertembung: Pelajar Tingkatan Satu maut, seorang lagi cedera parah
Pelajar Tingkatan Satu itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Motosikal bertembung, dua remaja maut di tempat kejadian
Dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka bertembung di landasan lapangan terbang lama Tawau.
Padah memotong di garisan berkembar, 2 penunggang motosikal maut kemalangan
Kejadian menyebabkan penunggang motosikal berusia 18 tahun terbabas dan memasuki laluan bertentangan.