KOTA BHARU: Terjebak dengan judi dalam talian dan percintaan menyebabkan dua pelajar tingkatan lima di negeri ini menjadi mangsa along, dedah Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK).
Yang Dipertuanya Datuk Seri Mohd Fared Abdul Ghani berkata, mereka antara 280 individu yang membuat aduan diugut oleh along sepanjang bulan lepas, setelah gagal melunaskan pinjaman.
Dalam kes dua pelajar terbabit, masing-masing hanya meminjam RM600 dan RM1,000, namun kini perlu membayar balik RM3,000 dan RM5,000, katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan air mineral kepada Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) Datuk Dr Selasawati Ghazali untuk kegunaan petugas barisan hadapan di Kelantan, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata kes lain didakwa berpunca daripada desakan hidup dan juga kegiatan judi dalam talian yang semakin berleluasa sekarang.
Menurutnya, PPIK percaya nombor-nombor agensi pinjaman lintah darat ini yang dipamer di merata-rata tempat, turut mendorong orang ramai yang mungkin dalam keadaan terdesak, memilih untuk meminjam daripada along tanpa menghiraukan faedah pinjaman yang tinggi.
"Secara purata, pihak kami (PPIK) menerima 10 aduan hampir setiap hari daripada peminjam ini," katanya.
Beliau berkata bagi menyelesaikan masalah peminjam dengan along terbabit, PPIK akan cuba berunding dengan ceti haram berkenaan untuk mengurangkan kadar faedah kepada sekitar 10 peratus sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021
![Dua remaja bercinta terjebak judi dalam talian, sudahnya meminjam along Dua remaja bercinta terjebak judi dalam talian, sudahnya meminjam along](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625395813_iklanAhLongpinj.jpg)
Dalam kes dua pelajar terbabit, masing-masing hanya meminjam RM600 dan RM1,000, namun kini perlu membayar balik RM3,000 dan RM5,000. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723255024_remajaditembak.jpg)
Remaja ditembak semasa pasang sepanduk kemerdekaan
Ketika kejadian, suspek melepaskan tembakan sebanyak tujuh kali yang terkena mangsa pada bahagian belakang.
![Polis tahan remaja lelaki, disyaki rogol pelajar 16 tahun Polis tahan remaja lelaki, disyaki rogol pelajar 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tahan remaja lelaki, disyaki rogol pelajar 16 tahun
Suspek ditahan 31 Julai lalu, ekoran laporan polis yang dibuat mangsa sekitar jam 10.26 malam, hari yang sama.
![Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721945921_OpsBersepaduPintas.jpg)
Op Pintas Mega: Remaja Myanmar 16 tahun jadi buruh paksa diselamatkan
Seramai 27 pekerja asing warga Myanmar dan China turut ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan.
![Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan empat remaja lelaki rogol kanak-kanak 11 tahun
Empat suspek berusia antara 14 hingga 17 tahun itu ditahan antara 3 petang hingga 10 malam selepas mangsa membuat laporan polis.
![Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721253254_OpPintasMega.jpg)
Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan
Remaja terbabit disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di kilang memproses bahan kitar semula berkenaan sejak lebih setahun lalu.
![30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama 30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720401177_Kdrama.jpg)
30 remaja Korea Utara dihukum mati, penjara kerana tonton K-drama
50 sehingga 60 remaja berusia sekitar 17 tahun di Korea Utara diketahui menonton drama Korea Selatan.
![Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718603919_TBPDRMjpg.jpg)
Op Mabuk: 35 individu termasuk remaja 16 tahun ditahan
Polis menahan 35 individu termasuk remaja berusia 16 tahun dalam Op Mabuk yang dijalankan secara serentak di seluruh Johor sejak Sabtu.
![Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719069555_olimpikparis.jpg)
Remaja didakwa rancang serangan semasa Olimpik di Paris
Remaja yang tinggal di Ile-de-France itu dituduh melakukan konspirasi jenayah serta membeli dan memiliki senjata untuk tujuan keganasan.
![Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Dua remaja mengaku salah rosakkan kereta berhampiran Balai Polis Serdang
Majistret menetapkan 8 Ogos ini untuk jatuh hukum bagi menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
![Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.