HULU SELANGOR : Dua premis makanan di Bukit Sentosa, di sini, diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
MPHS dalam satu hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, sebanyak empat kompaun dan lapan notis turut dikeluarkan dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.
Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah bagi memastikan peniaga di premis sewaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mematuhi syarat dan kebersihan ditetapkan.
“Keadaan premis uzur dan pengubahsuaian telah dilakukan di premis berkenaan. Status premis adalah gerai tetapi berubah kepada struktur bangunan premis,” kata MPHS dalam hantaran di laman Facebooknya.
Operasi yang disertai Unit Kawalan dan Penggredan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Pelesenan serta Jabatan Bangunan turut mendapati seorang peniaga menjalankan perniagaan tanpa lesen.- Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023

Operasi yang dijalankan adalah bagi memastikan peniaga di premis sewaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mematuhi syarat dan kebersihan ditetapkan. - Gambar Sinar Harian
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

KPKT salur RM5.21 juta tingkatkan infrastruktur Hulu Selangor - Nga
KPKT peruntuk RM5.21 juta bagi menambah baik infrastruktur awam di bawah seliaan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Projek Kampung Cina.

Dua premis makanan diarah tutup
Sebanyak empat kompaun dan lapan notis turut dikeluarkan dalam Operasi Suci dijalankan di Dataran Sentosa Bukit Sentosa.

Tanah runtuh Batang Kali: Father's Organic Farm dapat kelulusan kebenaran merancang untuk bina resort - Exco
Kelulusan yang diberikan kepada pengusaha Fathers Organic Farm di Gohtong Jaya, Batang Kali adalah untuk pembinaan resort.

Tanah runtuh Batang Kali: MPHS keluar 25 notis penutupan sementara di tapak perkhemahan
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mengeluarkan 25 notis penutupan sementara selama tujuh hari kepada tapak perkhemahan berisiko dilanda bencana di sekitar Hulu Selangor.