KUANTAN: Mendapat dos pertama vaksin COVID-19 telah menjadikan Wan Khairulnizam Wan Mohd Nowalid dan Awang Ngah Alang menjadi pempengaruh segera, sekurang-kurangnya di rumah jagaan tempat mereka menetap.
Wan Khairulnizam Wan Mohd Nowalid, 51, berkata beliau gembira kerana kesemua 15 rakannya di True Home Care Centre di Inderapura di sini, telah bersetuju untuk mendapatkan suntikan mereka, selepas melihat dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas mendapat vaksin Pfizer pada 5 Mei.
"Ada antara mereka yang bertanya sakit tak? Saya jawab seperti gigitan semut.
"Saya hanya mengalami sedikit demam pada waktu malam selepas suntikan tetapi selain daripada itu, semuanya baik," katanya sambil tersengih.
Wan Khairulnizam dan Awang, 83, ditemui Bernama di rumah jagaan itu ketika menunggu ketibaan Unit Bergerak Vaksinasi dari Jabatan Kesihatan Pahang, untuk melengkapkan dos mereka hari ini.
Pemilik rumah jagaan itu Noryana Samsudin, 35, mengakui sukar untuknya mendapatkan persetujuan semua penghuni kerana ada antara mereka yang bimbang dengan kesan sampingannya manakala ada yang mahu bertanya anak mereka terlebih dahulu.
"Tetapi beberapa hari selepas Pak Cik Wan Khairulnizam dan Pak Cik Awang divaksinasi, kebanyakan mereka memberitahu saya bahawa mereka mahu diberi vaksin.
"Ada juga menghubungi kami meminta kami melakukan pendaftaran bagi pihak ahli keluarga mereka di sini," katanya.
Berikutan pandemik COVID-19, Noryana berkata mereka terpaksa menyekat kedatangan pelawat untuk tidak mengambil sebarang risiko memandangkan kebanyakan penghuni menghidap pelbagai penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi, strok dan Parkinson.
"Sebelum dilanda pandemik, kami sering menerima kunjungan saudara-mara penghuni untuk membawa mereka pulang menyambut Hari Raya atau berhujung minggu tetapi semua itu terpaksa dihentikan sejak tahun lepas.
"Pada masa ini juga kami terpaksa hentikan kunjungan guru agama untuk kelas pembelajaran al-Quran.
"Kami sekarang bergantung sepenuhnya kepada telefon pintar sebagai penghubung komunikasi antara penghuni dan keluarga mereka.
"Petugas akan membuat panggilan video untuk mereka setiap hari dan ini adalah penting untuk kesihatan mental penghuni," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penghuni di rumah jagaan itu, Ghazali Salleh, 59, berharap dia akan mendapat vaksinasi segera kerana berisiko tinggi memandangkan menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.
Ditanya mengapa tidak menyertai sesi pertama suntikan itu seperti dua lagi rakannya, Ghazali sambil tersipu-sipu berkata dia mahu 'tunggu dan lihat', sambil menegaskan bukan kerana dia takutkan jarum.
Bagi Mohammad Muda, 64, anak-anaknya tidak menyokong dia mengambil vaksin kerana mereka khuatir kesan sampingannya, tetapi Mohammad kemudian berjaya meyakinkan mereka.
"Saya selalu beritahu mereka bahawa kawan-kawan saya (Wan Khairulnizam dan Awang) dalam keadaan baik selepas suntikan dan setiap hari berita menekankan mengenai kepentingan vaksin.
"Malah orang yang lebih tua daripada saya pun mengambilnya.
"Kemudian mereka bersetuju jadi saya suruh mereka daftarkan nama saya di MySejahtera kerana saya telah terlepas peluang di sini.
"Saya harap saya akan diberi vaksin tidak lama lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021
Penghuni Pusat Jagaan Warga Emas, 'True Home Care Centre' Wan Khairulnizam Wan Mohd Nowalid,51,ketika menerima suntikan vaksin COVID-19. -Bernama
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Dua penerima vaksin awal bergelar 'wira' di rumah jagaan di Kuantan
Mereka terpaksa menyekat kedatangan pelawat untuk tidak mengambil sebarang risiko memandangkan kebanyakan penghuni menghidap pelbagai penyakit.