Dua pendaki negara dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berazam menakluki tujuh puncak di tujuh benua selepas berjaya menawan Gunung Everest dari arah Tibet pada 23 Mei lalu.
Farul Aidib Mahamad Yusoff, 22, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari Kathmandu malam tadi, berkata bagaimanapun niat itu hanya akan dilaksanakan selepas beliau tamat pengajian dalam tempoh dua tahun lagi.
"Niat dan firasat ada, tetapi perancangan masih belum ada. Saya kini pelajar tahun kedua Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) dan masih perlu menamatkan pengajian saya.
"Jadi, fokus sekarang ialah menghabiskan pengajian saya sebelum saya menakluk gunung-gunung lain," kata anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu kepada pemberita selepas tiba di klia2 pada jam 9.54 malam tadi.
Kepulangan Farul Aidib bersama jurulatihnya, Azim Afif Ishak, disambut oleh Naib Canselor Prof Datuk Ir Datuk Dr Wahid Omar, keluarga dan pelajar-pelajar UTM.
Tawan puncak dunia tertinggi dari arah laluan utara (Tibet) dengan mengharungi pendakian setinggi 2,352.19 meter yang memakan masa selama 17 jam selepas bergerak dari Kem 3 yang menjadi Kem Induk.
Menceritakan pengalamannya ketika berada di sana, Farul Aidib, yang merupakan anak kelapan daripada 10 beradik, berkata sepanjang misi UTM Everest Tibet 2016, pelbagai rintangan dihadapi khususnya cuaca buruk.
"Terutama semasa saya turun dari puncak Gunung Everest bersama sherpa saya, pada masa itu cuaca agak buruk dan angin kencang, setiap langkah saya ambil, saya akan jatuh.
"Disebabkan laluan sempit dan berbatu, langkah yang saya ambil menyebabkan saya jatuh ke dalam jurang. Kemudian sherpa saya membantu saya untuk dinaik semula," katanya.
Farul Aidib, yang berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest pada 9.46 pagi waktu Nepal (12.15 tengah hari waktu Malaysia), berasa syukur dan menyatakan terpegun dengan keindahan pemandangan dan cuaca ketika itu begitu baik.
Azim Afif, 28, pula menyifatkan perjalanan mendaki Gunung Everest dari laluan Tibet (laluan utara) yang sememangnya mencabar kerana angin kuat, laluan sukar selain kepayahan mendapat sumber makanan terutamanya makanan halal.
Graduan Sarjana Muda Sains Komputer dari Kulim, Kedah, yang tiba di puncak tertinggi dunia pada 11.22 pagi waktu Nepal (kira-kira 11.40 pagi waktu Malaysia) mengalami masalah apabila topeng oksigen yang dipakainya menjadi beku menyebabkan beliau mengalami kekurangan oksigen selama dua jam.
"Walapun ada topeng gantian di dalam beg sherpa, tetapi kita hanya dapat tukar topeng selepas empat jam di kawasan rata pada aras 8,600 meter," katanya, sambil menambah hasrat menamatkan pendakian di 14 gunung yang mempunyai ketinggian 8,000 meter di dunia dalam masa terdekat.
Farul Aidib dan Azim Afif memulakan perjalanan mendaki Gunung Everest dari laluan utara Gunung Everest pada 19 Mei lalu yang dari segi teknikalnya lebih mencabar dari laluan barat Nepal, selain kesukaran memasuki wilayah autonomi tersebut.
Pendakian menerusi Tibet adalah percubaan ketiga selepas percubaan pertama pada 2014 dan kedua pada 2015 melalui Nepal gagal disebabkan oleh runtuhan salji dan gempa bumi.
Bernama
Sun Jun 05 2016
Lima pendaki Misi Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM)-Everest diraikan warga UTM sejurus tiba dari Kathmandu, Nepal berikutan berlaku gempa bumi kuat baru-baru di klia2 pada 7 Mei. Farul duduk di hujng kiri. - FotoBernama
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
Dua pendaki negara azam takluk tujuh puncak dunia
Dua pendaki negara dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berazam menakluki tujuh puncak di tujuh benua selepas berjaya menawan Gunung Everest dari arah Tibet pada 23 Mei lalu.