KOTA BHARU: Dua pelajar madrasah Al Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh yang hilang ketika mandi di Sungai Gong Dermin, Pasir Tumboh, petang semalam ditemukan lemas pagi ini.
Mayat kedua dua pelajar berkenaan ditemukan terapung dan dalam keadaan berpelukan sekitar jam 8.40 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner ACP Mohd Rosdi Daud, mayat Muhammad Zul Hafiz Azman, 18, dan Luqman Hakim Azman, 16, ditemukan terapung tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
"Kedua-dua mayat ditemui terapung di permukaan air pada jam 8.40 pagi tadi dengan jarak 20 meter daripada tempat mangsa turun ke sungai.
"Kedua-dua mangsa lemas ditemui berpelukan antara satu sama lain" kata Mohd Rosdi dalam satu kenyataan.
Dalam kejadian sekitar jam 6 petang semalam, kedua-dua mangsa keluar bersama sembilan rakan yang lain tanpa kebenaran pengurusan Pondok Terusan Limbat (Madrasah Al Diniah Bakriah).
"Kedua-dua mangsa dipercayai telah mandi di Sungai Gong Dermin bersama rakan-rakannya. Kedua-dua mangsa dipercayai pertama kali mandi di kawasan kejadian.
"Bagaimana pun salah seorang pelajar berkenaan hanyut dan tenggelam manakala seorang lagi tenggelam di kawasan berdekatan dengan tempat beliau mandi," katanya lagi.
Lebih 25 anggota membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, polis dan agensi berkaitan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak malam tadi.
Kedua-dua jenazah mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat.
Vivi Sumanti
Fri Jun 17 2022
Dua pelajar madrasah Al Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh yang hilang ketika mandi di Sungai Gong Dermin, Pasir Tumboh, petang semalam ditemukan lemas pagi ini. -JBPM
121 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di Cameron Highlands
Operasi melibatkan 143 pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan, diadakan bagi membanteras kebanjiran warga asing di daerah itu.
Gencatan senjata beri harapan kepada Gaza di tengah-tengah krisis kemanusiaan
Namun, terdapat juga pihak yang masih ragu-ragu dengan gencatan senjata yang bakal berkuat kuasa pada Ahad.
Kerajaan Pahang akan bangunkan pusat data AI
Projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global.
Sentimen perniagaan syarikat Jepun di Malaysia meningkat - Jetro
Jetro berkata kadar keuntungan Malaysia melangkaui purata ASEAN dengan jangkaan margin keuntungan operasi bagi 2024 berada pada 70.8 peratus.
Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesai dengan baik
Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
Sukan perpaduan akan diperluas - Saraswathy
Sukan Perpaduan yang berjaya menarik kehadiran orang ramai pada tahun lepas, akan diperluas dari segi skala mahupun jumlah acaranya tahun ini.
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dua pelajar pondok ditemukan lemas dalam keadaan berpelukan
Mayat kedua dua pelajar berkenaan ditemukan terapung dan dalam keadaan berpelukan sekitar jam 8.40 pagi tadi.