Memetik laporan Utusan Borneo Online, murid tahun enam, Jad Haris Sabaruddin dan murid tahun empat, Najmi Asyraaf Abdul Halim yang mewakili pasukan Sarawak menjadi rakyat Malaysia pertama yang memenangi pingat emas di kejohanan itu.
Peserta lain dari Malaysia turut memenangi empat pingat perak dan 18 gangsa.
Jad berkata kemenangan itu merupakan hasil pengorbanan dan usaha yang berterusan.

“Latihan berterusan, sokongan daripada kedua-dua ibu bapa saya selain semangat untuk terus bersaing tanpa mengenal kalah, itulah rahsia kejayaan saya,” kata Jad kepad pemberita.
Pertandingan bertaraf dunia itu pada asalnya diperkenalkan oleh Sistem Pendidikan Sakamoto yang berpangkalan di Singapura dengan kerjasama Sakamoto Seminar Jepun.