Dua pelajar kolej swasta warga tempatan yang dipercayai aktif menjual ganja kepada penuntut kolej di Lembah Klang dan kawasan sekitarnya ditahan bersama sebuah kereta mewah jenis Porsche, Jumaat lepas.
Pelajar berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan pukul 9.55 malam di kawasan parkir, hadapan sebuah kedai makan, di Regalia Business Park, di sini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata polis turut merampas satu ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1,002 gram yang ditemui dalam beg sandang seorang daripada suspek itu.
“Susulan daripada itu, kita turut merampas 1,003 gram ganja yang dijumpai di kediaman salah seorang suspek di Bangsar Baru,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Menurut beliau, penahanan kedua-dua suspek itu susulan maklumat daripada dua lelaki iaitu pelajar kolej di Nilai berusia 23 tahun dan seorang penganggur berusia 20 tahun yang merupakan pelanggan kepada kedua-dua suspek, yang ditahan Rabu lepas.
Pelajar kolej di Nilai dan penganggur itu ditahan di sebuah rumah di Persiaran Mulia di sini, kerana memiliki ganja seberat 1.2 gram.
Beliau berkata polis percaya kegiatan menjual ganja yang menyasarkan golongan pelajar itu baru dimulakan oleh suspek berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kata Yahaya.
Dalam kes berasingan, Yahaya berkata seorang pelajar kolej berusia 18 tahun ditahan berhampiran sebuah kolej di Bandar Sunway di sini, Khamis lepas kerana memiliki dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 210 gram.
“Ketika ditahan, pelajar itu sedang berjalan kaki dalam keadaan mencurigakan sambil memegang sampul surat yang berisi ganja," katanya sambil menambah polis masih menyiasat dari mana pelajar berkenaan mendapat ganja berkenaan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bernama
Tue Jan 19 2016
Polis percaya kegiatan menjual ganja yang menyasarkan golongan pelajar itu baru dimulakan oleh suspek. - Gambar hiasan
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Dua pelajar kolej jual ganja ditahan
Dua pelajar kolej swasta warga tempatan itu ditahan bersama sebuah kereta mewah jenis Porsche, Jumaat lepas.