PETALING JAYA: Dua pekerja warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, di sini, pagi Isnin.


Ringkasan AI
  • Dua pekerja warga Bangladesh maut dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge pada pagi Isnin.
  • Mangsa pertama dikeluarkan pada jam 11.12 pagi dan mangsa kedua 23 minit kemudian, selepas panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.29 pagi.
  • Kedua-dua mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit ketika melakukan kerja-kerja pembinaan longkang, dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa pertama dibawa keluar pada jam 11.12 pagi manakala mangsa kedua dikeluarkan 23 minit kemudian.

Beliau memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.29 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.39 pagi.

"Kejadian ini melibatkan dua mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit culvert u box dengan kedalaman 0.3 meter ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pembinaan longkang," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Ahmad Mukhlis memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.