BUTTERWORTH: Dua pasangan suami isteri termasuk dua beradik didakwa secara bersama di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas seberat 247.65 gram milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe', April Lepas.
Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Ezwan Syafiq Joha, 27, Nurul Hidayah Mahat, 24, Endang Nur Nabila Suriana Mahat, 22, dan Muhammad Affizan Abdullah, 24, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama dengan curang menyimpan harta iaitu seutas gelang tangan, seutas rantai leher gantung, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher yang keseluruhannya seberat 247.65 gm kepunyaan Siti Nur Khalida Yusra Mohd Jais melalui hasil rompakan berkumpulan.
Perbuatan itu didakwa di lakukan di sebuah rumah di Kampung Aman, Kepala Batas, Pulau Pinang jam 9 malam pada 25 April lepas.
Bagi kesalahan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mohammad Syafiq Nasrullah Saleem Ali, manakala keempat-empat tertuduh diwakili Peguam Ranjit Singh Sandhu.
Semasa prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh, bagaimanapun peguam tertuduh memohon agar mahkamah membenarkan ikat jamin dengan alasan anak guamnya iaitu tertuduh wanita yang juga adik-beradik mempunyai masalah kencing manis kronik selain salah seorang daripadanya mempunyai dua anak yang masih kecil.
Manakala tertuduh lelaki iaitu Muhammad Ezawan mempunyai pendapatan RM1,200 sebagai peniaga manakala Muhammad Affizan mempunyai pendapatan RM1,500 sebagai pekerja landskap sambilan.
Hakim Noor Aini kemudian membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM18,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Syarat tambahan juga dikenakan iaitu kesemua tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sekiranya ada, dan mereka tidak dibenarkan membuat permohonan pasport antarabangsa serta perlu melapor diri ke balai polis berhampiran kediaman mereka pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan.
Selain itu, tertuduh juga tidak dibenarkan mendekati mangsa sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jun 19 2024

Keempat-empat tertuduh berhadapan dakwaan menyimpan harta rompakan iaitu barang kemas milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe'. - Foto Astro AWANI
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Pembunuhan Nur Anissa: 'Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku!'
Suasana tegang berlaku ketika sepasang suami isteri dibawa ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize.

Suami isteri didakwa cuai sebabkan anak perempuan positif dadah
Sepasang suami isterididakwa melakukan kecuaian terhadap anak perempuan mereka sehingga menyebabkan kanak-kanak itu positif dadah.

Dua pasangan suami isteri didakwa simpan harta curi milik pempengaruh 'Kieda Crepe'
Dua pasangan suami isteri didakwa menyimpan harta rompakan milik seorang usahawan yang juga pempengaruh media sosial 'Keida Crepe'.

Empat rakan termasuk pasangan suami isteri dituduh edar 99.26 kg dadah
Empat rakan termasuk sepasang suami isteri dituduh secara bersama atas dua pertuduhan mengedar 99.26 kilogram (kg) dadah jenis Methamphetamine dan 3, 4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA).