Biarpun sudah genap setahun tragedi tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang, Kelantan melarikan diri dari asrama sekolah berlalu, dua murid Orang Asli yang dijumpai selamat masih lagi trauma.
Trauma itu membuatkan Mirsudiar Aluj, 12, serta Norieen Yaakob masih belum memulakan sesi persekolahan sehingga kini.
Dalam kejadian 23 Ogos tahun lalu, tujuh murid SK Tohoi iaitu Mirsudiar Aluj, 12, Norieen Yaakob, 11, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, Juvina David, 7, Ika Ayel, 9, dan Sasa Sobrie, 8, lari dari asrama sekolah itu kerana takut dimarahi guru.
Selama 47 hari kehilangan mereka, Mirsudiar dan Norieen dijumpai selamat di bawah banir pokok di tebing sungai.
Selepas kejadian itu, hampir 100 murid SK Tohoi yang tinggal di Kampung Penad dan Gawin dihalang ibu bapa masing-masing untuk hadir ke sekolah kerana bimbang kejadian sama berulang lagi.
Ibu Norieen, Midah Angah, 41, berkata sejak bulan Mei lalu, Norieen telah tinggal bersama ibu saudaranya di Kuala Lumpur untuk melupakan tragedi yang berlaku.
"Norieen sekarang tak tahulah keadaannya. Dia pergi ke Kuala Lumpur rumah emak saudaranya pada bulan lima (Mei) dan dijangka balik pada bulan 10 (Oktober). Memang dia nak sekolah, tapi bila, tak tahu lagi," ujarnya sambil menambah anaknya itu bagaimanapun tidak mahu kembali ke sekolah yang sama.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah, Muhammad Zahari Othman ketika dihubungi berkata, pihaknya masih memberi pilihan kepada dua murid itu untuk memilih sekolah yang mereka mahu bagi melanjutkan pelajaran.
Katanya, sebahagian besar murid lain di dua buah kampung Penad dan Kampung Gawin yang sebelum ini trauma untuk ke sekolah juga telah bersekolah semula.
Muhafandi Muhamad
Tue Aug 23 2016
![Dua murid Orang Asli SK Tohoi, Mirsudiar dan Norieen, masih tidak bersekolah Dua murid Orang Asli SK Tohoi, Mirsudiar dan Norieen, masih tidak bersekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71451869969_Tohoi.jpg)
Dua murid Orang Asli ini menanggung trauma yang belum berkesudahan walaupun sudah setahun episod kehilangan mereka berlalu. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Dua murid Orang Asli SK Tohoi, Mirsudiar dan Norieen, masih tidak bersekolah Dua murid Orang Asli SK Tohoi, Mirsudiar dan Norieen, masih tidak bersekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71451869969_Tohoi.jpg)
Dua murid Orang Asli SK Tohoi, Mirsudiar dan Norieen, masih tidak bersekolah
Trauma yang dialami Mirsudiar Aluj, 12, serta Norieen Yaakob masih berbekas hingga membuatkan mereka tidak mahu memulakan sesi persekolahan sehingga kini.
![Murid Orang Asli SK Tohoi: Norieen tidak dapat tidur lena teringat rakannya - Ibu Murid Orang Asli SK Tohoi: Norieen tidak dapat tidur lena teringat rakannya - Ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444472556_NorieenYaakob.jpg)
Murid Orang Asli SK Tohoi: Norieen tidak dapat tidur lena teringat rakannya - Ibu
Kanak-kanak Orang Asli, Norieen Yaakob yang kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II memberitahu ibunya dia tidak dapat tidur nyenyak kerana terbayang rakan-rakannya yang meninggal dunia.