MELAKA TENGAH: Polis menemukan mayat dua lelaki yang dipercayai dibunuh dan dibuang ke dalam semak di kawasan Kampung Ujong Padang, Cheng, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi, mayat kedua-dua lelaki itu ditemui dalam dua bungkusan kanvas yang berikat oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, identiti kedua-dua mangsa itu bagaimanapun belum dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.
“Pihak polis telah dimaklumkan oleh orang awam bahawa dia menjumpai dua bungkusan kanvas yang berikat di dalamnya ada tubuh manusia.
“Siasatan awal mendapati tubuh pertama dijumpai berada dalam kanvas yang telah diikat dengan ‘cable tie’ dan tali yang mana tubuh itu lengkap berpakaian berbaju T hitam dan berseluar jeans pendek.
“Manakala tubuh kedua dijumpai dalam kanvas bersebelahan tubuh pertama dan pemeriksaan lanjut tubuh ini tidak berpakaian dan hanya berseluar jeans pendek,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Beliau berkata, pihaknya turut menjumpai timbunan sampah di sekeliling lokasi buangan mayat kedua-dua mangsa yang mempunyai kesan lukisan cacahan (tattoo) di tubuh mereka.
Katanya, pihak polis juga masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti sebenar dua mangsa terlibat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri akan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
“Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Muhather Abd Kudus di talian 0132884878,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Jul 09 2023
Mayat kedua-dua lelaki yang ditemukan dalam dua bungkusan kanvas berikat di kawasan Kampung Ujong Padang, Cheng. -Foto ihsan PDRM
AWANI Borneo [2/2/2025] – Kedaulatan negara|Banjir Sarawak|Penempatan setinggan
Tumpuan AWANI Borneo 2 Feb 2025 bersama Assim Hassan
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
-AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara
-JPBN Sarawak siap sedia gelombang kedua
-Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie Apdal
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Bank Rakyat sumbang RM144,000 kepada 72 sekolah
Bank Rakyat agensi di bawah Kementerian Pembangunann Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM144,000 kepada 72 buah sekolah di kawasan Penampang dan Kadamaian melibatkan 1,440 pelajar daripada keluarga B40.
PKR mahu tanding di Dun Balung
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tawau telah menyampaikan hasrat kepada pucuk pimpinan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.
Sediakan kediaman sebelum robohkan rumah rakyat - Shafie
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan berkata kerajaan negeri perlu ada perancangan penempatan baharu terlebih dahulu sebelum merobohkan kediaman setinggan.
Sabah Electricity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna
Seramai 687,031 pelanggan Sabah Electricity akan menerima rebat berjumlah 2.5 peratus daripada jumlah deposit elektrik yang dibayar.
Banjir: King Sing akui tidak menang tangan bantu penduduk Bintulu
Tiong berkata banjir yang berlaku terlalu besar hingga beliau dan pasukannya telah tidak menang tangan dalam membantu penduduk Bintulu dan kawasan Dewan Undangan Negeri Dudong.
Terputus hubungan, lebih 10,000 penduduk di Sibuti terjejas
Menurut Ahli Parlimen Sibuti, biarpun hanya 642 mangsa yang ditempatkan di 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Sibuti, realitinya, banjir yang melanda kawasan tersebut menjejaskan lebih 10,000 penduduknya.
JPBN Sarawak Siap Sedia Gelombang Kedua
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) kini bersedia menghadapi gelombang kedua banjir, yang mungkin berlaku bila-bila masa.
Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah: Polis selesai rakam keterangan 10 mahasiswa
Polis telah selesai mengambil keterangan 10 mahasiswa bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Rakyat Benci Rasuah.
Banglo lambang cinta kembali diancam hakisan ombak
Sebuah banglo yang sebelum ini mendapat perhatian akibat hakisan pantai di Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini kembali diancam risiko runtuh.
Dua mayat lelaki diikat bungkusan kanvas ditemukan dalam semak
Identiti kedua-dua mangsa itu bagaimanapun belum dapat dikenal pasti berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui di lokasi kejadian.