KOTA BELUD: Dua maut manakala tiga lagi termasuk bayi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Kota Belud-Kota Marudu, Kampung Taun Gusi, malam Ahad.
Dalam nahas kira-kira jam 12.10 tengah malam itu, mangsa lelaki yang juga pemandu berusia 20-an meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang wanita meninggal dunia di Hospital Kota Belud.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kenderaan yang dipandu mangsa dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Belud bersama tiga penumpang lain termasuk seorang bayi perempuan.
"Setibanya di lokasi, mangsa memotong sebuah kenderaan di hadapan dan masuk semula ke lorong namun dalam masa sama sebuah pikap keluar simpang lalu menyebabkan pemandu hilang kawalan dan terlanggar belakang kenderaan terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Ahad.
Shahrudin berkata, akibat perlanggaran kedua-dua kenderaan menyebabkan mereka terbabas masuk ke dalam longkang di sebelah kiri dan kanan jalan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sebelum itu, Shahrudin turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu dan patuhi undang-undang jalan raya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 30 2022
Keadaan kenderaan remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kota Belud-Kota Marudu, Kampung Taun Gusi, Kota Belud. -Foto Sinar Harian
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Dua maut, tiga cedera termasuk bayi
Mangsa lelaki yang juga pemandu berusia 20-an meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang wanita meninggal dunia di Hospital Kota Belud.