MARAN: Dua lelaki maut selepas lori yang dipandu mereka bertembung di Kilometer (KM)67 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Luit pada Selasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, beralamat Kampung Peramu, Kuantan dan Nik Mohamad Zainudin M.Baki, 38, beralamat Felcra Sri Makmur, Kuantan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dan lori jenis Hino.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori dipandu Ismanizam dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba lori dipandu mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan selekoh lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Nik Mohamad di laluan bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Ujarnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.
Tambahnya, semasa kejadian lori yang dipandu Ismanizam tidak membawa sebarang muatan manakala satu lagi membawa muatan buah kelapa sawit.
Jelasnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria memberitahu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama sebuah jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
"Terdapat satu lelaki dewasa tersepit di dalam lori muatan sawit terbabit manakala satu lelaki dewasa yang membawa lori itu tercampak keluar.
"Anggota terlibat mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 12 2024

Dua lelaki maut selepas lori yang dipandu mereka bertembung di Kilometer (KM)67 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Luit pada Selasa. -Foto ihsan PDRM

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Rumah rakit Tasik Kenyir terbakar, pengusaha rugi RM3 juta
Punca kebakaran masih dalam siasatan, dengan api memusnahkan sepenuhnya rumah rakit yang mempunyai 14 bilik.

Rumah kedai tiga tingkat terbakar di Klang, dua melecur
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus manakala tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel terbakar.

24 motosikal musnah, bengkel terbakar
Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.

Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta di Tangkak
Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 45 Jalan Muar-Segamat di Tangkak, malam tadi.

Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.

Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai
Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.

Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta
Mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
Arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.

Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.