Dua maut manakala lapan cedera dalam kejadian ribut dan angin kencang lewat petang semalam.
Kelindan lori pikap, jahir hussain sulaiman, 46, maut apabila tiang pemancar telekomunikasi yang terletak di atas menara Umno di Jalan Macalister runtuh dan menghempap kenderaannya.
Seorang lagi mangsa, Wong Tze Chow, 32 tahun maut dihempap pokok ketika sedang berjogging di empangan Air Itam petang semalam.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian ribut pada jam 6.45 petang Khamis.
Menurutnya sebanyak 21 kejadian ribut dilaporkan di beberapa kawasan di sekitar timur laut Seberang Perai tengah dan Seberang Perai utara dan di bahagian barat daya.
Namun yang paling teruk ialah apabila sebuah pemancar telekomunikasi setinggi hampir 20 meter yang terletak di atas menara Umno Pulau Pinang di Jalan Macalister jatuh dan menghempap beberapa buah kenderaan.
Tujuh buah kenderaan rosak teruk akibat dihempap struktur berkenaan, manakala sebatang paip bawah tanah di jalan itu turut pecah.
Kesemua yang cedera dikejarkan ke hospital pulau pinang untuk menerima rawatan.
“Dalam keadaan macam ni saya harap masyarakat jangan cemas, nampak kesesakan jalan sikit dan jangan cemas... dan beri kerjasama kepada anggota trafik yang jalankan tugas di jalan raya, dan pihak saya telah arah semua anggota polis untuk selamatkan sekiranya ada yang cedera.
“Kita akan hantar dengan ambulan dan pihak polis jalankan tugas dengan kerajaan negeri , bomba , dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dalam memulihkan keadaan seperti sedia kala,” kata Abdul Rahim.
Sementara itu, menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zin, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.55 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dari balai bomba Lebuh Pantai bergegas ke tempat kejadian.
“Menara komunikasi tumbang jatuh sebab angin kuat dan menghempap jalan raya... yang parah, yang bawa lori pikap, lima cedera ringgan dan kita dah tutup jalan dalam jarak 200 meter,” kata Ismail.
Kejadian turut menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sehingga jalan tersebut terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.
Sementara itu, pengguna Twitter turut berkongsi informasi mengenai kejadian itu.
Astro Awani
Thu Jun 13 2013
Kelantan akan usul cadangan bina tembok di sempadan Malaysia-Thailand
Kerajaan Kelantan merancang untuk mengusulkan kepada Kerajaan Persekutuan pembinaan tembok sepanjang kira-kira 100 kilometer di sempadan negeri itu dengan Thailand.
PBB beri amaran krisis kemanusiaan luar biasa di Lubnan akibat perang
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa situasi di Lubnan kini mencapai tahap yang lebih buruk berbanding perang 2006.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
AWANI Tonight: U.S. Election: What are the potential pathways for Trump and Harris?
With the polls open for just a few hours, anticipation is building around the trajectories of both candidates vying for the White House. Astro AWANI's Hafiz Marzukhi explores the pathway of both candidates.
AWANI Tonight: Polls open, millions cast their ballots in tight U.S. Presidential race
Americans go to the polls to vote for their next President. Astro AWANI's Faye Kwan shares the latest from Michigan, one of the key battleground states.
AWANI Tonight: Boeing workers end strike, accept new deal
Boeing workers have finally ended a seven week long walkout after voting to accept the aviation giant's latest pay offer.
AWANI Tonight 5 Nov 2024
AWANITonight 5 Nov 2024 with Cynthia Ng
1. U.S Election: Polls open, millions cast ballot in tight race
1. U.S Election: Polls open, millions cast ballot in tight race
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Polis siasat Jamal berhubung Himpunan Selamatkan Selangor
Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.