Dua maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Jalan Salim-Stabau di sini pada awal pagi ini.
Menurut jurucakap polis di tempat kejadian, kemalangan pada 2.30 pagi itu membabitkan pemandu kereta tersebut Felix Ningkan Kuri, 32, dan penumpang kereta, Mary Pala Manggai, 29.
Polis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan hubungan antara kedua-dua mangsa. Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan balik selepas meraikan Hari Gawai Dayak di Durin dan menuju ke arah Jalan Salim semasa kejadian.
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Sibu.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital itu untuk bedah siasat.
Bernama
Thu Jun 04 2015
![Dua maut kereta terbabas selepas rai Gawai Dua maut kereta terbabas selepas rai Gawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361753118_295x200.jpg)
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke hospital itu untuk bedah siasat. - Gambar Fail
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Dua maut kereta terbabas selepas rai Gawai Dua maut kereta terbabas selepas rai Gawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/51361753118_295x200.jpg)
Dua maut kereta terbabas selepas rai Gawai
Dua maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang di Jalan Salim-Stabau di sini pada awal pagi ini.