Dua lelaki maut dipercayai lemas dalam insiden kebakaran rumah di Rejang Park di sini, awal pagi ini.
Kedua-dua lelaki tersebut berada di dalam tandas, dipercayai cuba menyelamatkan diri ketika api marak, sebelum meninggal dunia akibat kesukaran bernafas.
Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2 pagi.
Tiga jentera dan dua ambulans EMRS dengan kekuatan 22 anggota diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan Sungei Merah.
"Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah yang dijadikan bengkel untuk menyimpan alat ganti kenderaan.
"Rumah tersebut daripada jenis kekal setingkat, musnah terbakar sepenuhnya. Manakala rumah kedua, jenis kekal dua tingkat, terjejas 10 peratus," katanya.
Anggota terlibat, tambah Tiong, membuat pemadaman menggunakan satu aliran 200 kaki dengan cabang pembahagi, bersumberkan air jentera.
"Pasukan kemudian melakukan pencarian agresif setelah mendapat maklumat orang awam yang mengatakan ada mangsa yang terperangkap.
"Pada jam 2.46 pagi, pasukan menemui dua mangsa lelaki di dalam bilik tandas, dalam keadaan sempurna namun tidak bernyawa."
Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang turut berada di lokasi.
Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis.
Identiti kedua-dua mangsa, katanya lagi, masih belum dikenal pasti manakala siasatan masih dijalankan untuk menentukan punca kejadian.
Rudi Affendi Khalik
Mon Nov 11 2019
Sebuah rumah yang dijadikan bengkel untuk menyimpan alat ganti kenderaan musnah terbakar sepenuhnya. Foto JBPM Sarawak
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Op Delta: Polis tahan 219 individu termasuk 23 warga asing atas pelbagai kesalahan
Polis menahan 219 individu termasuk 23 warga asing atas pelbagai kesalahan jenayah harta benda menerusi Op Delta Bersepadu.
Dua maut dalam tandas, cuba elak api marak
Sebuah rumah yang dijadikan bengkel untuk menyimpan alat ganti kenderaan musnah terbakar sepenuhnya.
17 motosikal musnah bengkel terbakar
Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.37 tengah hari Sabtu, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Balik Pulau dikejarkan ke lokasi kejadian.