KOTA KINABALU:Dua makmal ujian COVID-19 di negeri ini apabila siap dan beroperasi kelak bakal meningkatkan kapasiti ujian daripada 2,750 sampel sehari kepada 3,150 sampel sehari, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.
"Apabila siap dan beroperasi nanti dua makmal ini kapasiti ujian sampel (COVID-19) masing-masing ditingkatkan kepada 200 sampel sehari, membolehkan kita menambah kapasiti ujian kepada 400 sampel sehari.
"Penambahan kapasiti 400 sampel ini penting kerana ini akan membantu mengurangkan jumlah sampel tertunggak dan tahun depan kita akan tingkatkan kapasiti daripada 3,150 kepada 4,000 sampel sehari," katanya pada sidang media COVID-19 kerajaan negeri di sini, pada Isnin.
Sementara itu, beliau berkata sidang khas Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri membenarkan aktiviti selam skuba di negeri ini kerana aktiviti itu dikategorikan sebagai aktiviti sukan dan rekreasi yang tiada sentuhan fizikal.
"Bagaimanapun, penyelam tidak dibenarkan melakukan rentas daerah. Sekiranya penyelam dari Kota Kinabalu hanya dibenarkan menyelam di daerah itu, tidak boleh rentas daerah pergi ke Semporna pula untuk menyelam," katanya.
BACA: PKPB: Aktiviti menyelam kini dibenarkan di Sabah
Aktiviti menyelam dibenarkan dengan syarat bot membawa penyelam ke lokasi selaman tidak melebihi 30 peratus daripada muatan bagi memastikan penjarakan fizikal, dan prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID-19 akan dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
Dalam pada itu beliau berkata berdasarkan pemantauan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah, syarikat dilesenkan merawat dan melupuskan sisa klinikal di seluruh Sabah iaitu Sedafiat Sdn Bhd menerima enam hingga 13 tan sisa klinikal sehari merangkumi sisa buangan daripada 45 pusat kuarantin negeri ini.
"Pihak JAS memantau secara harian kuantiti sisa klinikal yang diterima untuk rawatan dan pelupusan oleh syarikat berkenaan. Pemeriksaan yang dijalankan mendapati memang terdapat pertambahan sisa klinikal berikutan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi di Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 30 2020

Masidi berkata sidang khas MKN bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri membenarkan aktiviti selam skuba di Sabah kerana ia adalah aktiviti sukan yang tiada sentuhan fizikal. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Dua makmal COVID-19 di Sabah tingkat keupayaan ujian kepada 3,150 sampel sehari
Penambahan kapasiti 400 sampel ini penting kerana ini akan membantu mengurangkan jumlah sampel tertunggak.

COVID-19: Kerajaan digesa wujudkan makmal ujian saringan di Sabah
Kerajaan digesa untuk mewujudkan makmal ujian saringan COVID-19 di Sabah bagi meningkatkan keupayaan pengesanan virus tersebut dengan kadar segera.