Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dengan aktiviti menangkap serta membunuh penyu di perairan Pulau Kerindingan dekat sini, awal pagi tadi.
Dua lelaki Pala'u (Bajau Laut) berusia 15 dan 35 itu ditahan dalam operasi pada kira-kira 1.30 pagi.
Pengarah Maritim Pangkalan Semporna, Leftenan Komander (Maritim) Amiludin Yenggah berkata, tindakan diambil hasil risikan dan maklumat.
"Kedua-dua lelaki itu tiada pengenalan diri yang sah dan pemeriksaan lanjut turut menemukan empat potongan cengkerang penyu berserta peralatan memburu penyu di dalam bot pam," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa berusaha mengekang aktiviti menyalahi undang-undang di laut dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Pangkalan Maritim Semporna dengan menghubungj talian 089-782619.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2018
Dua lelaki Pala'u (Bajau Laut) berusia 15 dan 35 itu ditahan kerana disyaki terbabit dengan aktiviti menangkap, membunuh penyu di perairan Pulau Kerindingan, Semporna. - Gambar Hiasan
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
Banjir di Kedah pulih, jumlah mangsa di Selangor menurun
Keadaan banjir di Kedah pulih sepenuhnya, Selangor mencatatkan penurunan jumlah mangsa manakala situasi di Perak tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat 5 petang ini.
Fokus Minggu Depan: Asam garam pengorbanan, di sebalik kisah pelarian Myanmar
Fokus Minggu Depan memberi fokus kepada isu pelarian Myanmar di Malaysia menerusi klip pendek Asam Garam Pengorbanan menampilkan Ahmed (pelarian dari Myanmar dan Shahril Hamdan, pengasas bersama podcast Keluar Sekejap).
Kerja ganti paip siap 90 peratus, pengguna dapat bekalan air malam ini - PBAPP
Projek penggantian paip baharu berdiameter 1.2 meter berhampiran kampus Politeknik Seberang Perai di Permatang Pauh, siap 90 peratus.
ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
Asap kelihatan di langit Beirut
Asap kelihatan di langit ibu kota Beirut di Lubnan ketika subuh pada Sabtu, selepas semalaman letupan didengari dan dilihat dari kawasan tersebut.
Penduduk Yaman berkumpul, protes kecam kekejaman Israel
Protes dan tunjuk perasaan berlaku di banyak tempat di Yaman, menyatakan mereka membantah keras tindakan agresif Israel kepada beberapa negara di Timur Tengah.
Siasatan kes GISB komprehensif, libatkan pelbagai peruntukan undang-undang
Siasatan polis terhadap kes GISB dijalankan secara komprehensif dari pelbagai sudut peruntukan undang-undang.
JPJ buat pembetulan serta-merta terhadap gelinciran aplikasi MyJPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuat pembetulan dan penambahbaikan serta merta terhadap kegelinciran aplikasi MyJPJ yang sebelum ini mengeluarkan paparan 'bukan warganegara Malaysia adalah t
Lelaki jatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semalam selepas dipercayai terjatuh dari bot, ditemukan lemas di perairan Tanjung Piandang, Kerian, hari ini.
Maritim Selangor tahan kapal pasir berlabuh tanpa kebenaran
Menurut APMM, pemeriksaan mendapati kapal berkenaan dikendalikan lapan individu lelaki warga asing berumur antara 30 hingga 65 tahun.
APMM gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM640,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 20 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM640,000 di perairan Parit Raja malam tadi.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
APMM tampil 404 pegawai, tiga selebriti dalam perbarisan Hari Kebangsaan
APMM) bakal menampilkan 404 pegawai dan tiga selebriti tempatan dalam perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.
Hari Kebangsaan: APMM julung kali peraga enam variasi pakaian
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) buat julung kali memperagakan enam variasi pakaian seragam kepada tatapan rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67.
6 kg syabu bernilai RM300,000 ditemukan di Pulau Konet
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan enam kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM300,000 di pantai Pulau Konet, Telok Gong di sini awal pagi tadi.
Operasi carilamat kesan dua lagi mangsa nahas bot karam ditangguh
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua lagi mangsa yang masih hilang dalam nahas bot karam di perairan Kemaman di sini, ditangguhkan pukul 7 malam ini.
APMM dijangka terima Ex-USCGC Steadfast tahun depan
APMM dijangka menerima kapal Ex-USCGC Steadfast setelah proses penyediaan di Baltimore, Amerika Syarikat selesai dan dibawa pulang ke Malaysia pada suku tahun pertama 2025.
Anggota bertugas di lapangan guna kamera badan elak pelanggaran SOP - Maritim Malaysia
Anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang bertugas di lapangan akan memakai kamera badan bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).