SANDAKAN: Dua lelaki ditahan polis selepas melakukan jenayah samun di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Mawar Sandakan pada Rabu malam.
Suspek berusia 24 tahun dan 25 tahun masing-masing warga tempatan dan asing itu diberkas kira-kira jam 10.30 malam di kawasan setinggan Kampung Sundang Laut.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Aisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, kejadian samun berkenaan berlaku pada Isnin melibatkan dua orang suspek lelaki.
Menurutnya, dalam kejadian samun itu, telefon bimbit mangsa iaitu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dilarikan oleh kedua-dua suspek yang menggunakan sebuah motosikal.
“Video kejadian samun berkenaan berdurasi 71 saat kemudiannya turut tersebar di media sosial sebelum mangsa membuat laporan polis.
“Susulan laporan dibuat mangsa, kedua-dua suspek kemudiannya berjaya diberkas anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, di kawasan setinggan berkenaan, tidak sampai 24 jam laporan polis dibuat mangsa.
“Polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Khamis.
Abdul Fuad berkata, kedua-dua suspek kini direman dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.
Terdahulu, sejak kelmarin tular video kejadian suspek menyamun di sebuah kedai dobi, di Taman Mawar, Sandakan.
Dalam video itu, kelihatan suspek memakai topi keledar berpura-pura mundar-mandir di kedai dobi itu sebelum tiba-tiba menyamun seorang remaja.
Radhi Muslim
Thu Sep 01 2022
Suspek berusia 24 tahun dan 25 tahun masing-masing warga tempatan dan asing itu diberkas kira-kira jam 10.30 malam di kawasan setinggan Kampung Sundang Laut.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Dua lelaki ditahan samun remaja di kedai dobi layan diri di Sandakan
Dua lelaki ditahan polis selepas melakukan jenayah samun di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Mawar Sandakan pada Rabu malam.