ALOR SETAR: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menahan dua lelaki dipercayai terlibat kes penipuan jual beli dalam talian.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kedua-dua lelaki tempatan berusia 35 dan 36 tahun itu terlibat kes penipuan jual beli kamera dalam laman mudah.my dan kes penipuan jual beli kereta di Facebook.
Katanya, kedua-dua suspek mengakui telah mengepos kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mereka kepada satu alamat untuk membuat pinjaman wang secara dalam talian.
"Semua maklumat perbankan seperti kata laluan, kata laluan internet banking dan maklumat keselamatan turut diserahkan kepada ejen peminjam wang dengan alasan sebagai syarat untuk membuat permohonan pinjaman wang melalui dalam talian," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.
Menurutnya, selepas kad ATM dipos, sindiket itu akan menjual pula kad ATM terbabit kepada mana-mana sindiket seperti sindiket Macau scam, love scam, pelaburan tidak wujud, pinjaman wang tidak wujud dan penipuan belian dalam talian.
"Kebanyakan pemilik akaun ini akan tersedar, kad ATM mereka digunakan untuk kemasukan wang penipuan selepas pihak polis menghubungi mereka atau pihak bank telah menyekat akaun mereka," katanya.
Tambah Ahmad Shukri, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dengan mendorong supaya harta diserahkan.
Menurutnya, setakat ini kadar kes penipuan e-Belian Komersil IPD Kota Setar bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu adalah sebanyak 105 kes berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 66 kes.
"Menunjukkan peningkatan sebanyak 39 kes pada tahun lalu dan peningkatan kes ini menyebabkan jumlah kerugian bertambah. Kerugian bagi tahun 2020 berjumlah RM 525,535.30 manakala bagi tahun lalu sebanyak RM 1,313,392.38, menunjukkan pertambahan kerugian sebanyak RM 787,857.08," katanya.
Beliau menasihati, sebelum membuat sebarang bayaran orang ramai boleh membuat semakan status akaun di laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my>semakmule. Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi CCIS Response Centre di talian 03-26101559 / 1599.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 03 2022
![Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat penipuan jual beli dalam talian Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat penipuan jual beli dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643923847_PenipuanDalamTalian.jpg)
Suspek yang ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kerana terlibat dalam kes penipuan jual beli dalam talian. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat penipuan jual beli dalam talian Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat penipuan jual beli dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643923847_PenipuanDalamTalian.jpg)
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat penipuan jual beli dalam talian
Kedua-dua lelaki tempatan berusia 35 dan 36 tahun itu terlibat kes penipuan jual beli kamera dalam laman mudah.my dan kes penipuan jual beli kereta di Facebook.