TEMERLOH: Kegiatan dua lelaki menjalankan aktiviti perlombongan wang digital (bitcoin) secara haram di Temerloh tumpas susulan polis menyerbu sebuah premis di kawasan Star City dekat Mentakab, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, dua lelaki tempatan berusia 30 dan 38 tahun itu diberkas dalam serbuan ke atas premis tersebut yang dilakukan polis kira-kira jam 8 malam.
"Dalam serbuan tersebut polis berjaya merampas barangan bernilai kira-kira RM420,000 dan nilai kerugian ditanggung TNB pula dianggarkan kira-kira RM125,000 akibat kegiatan tersebut.
"Antara barangan dirampas terdiri daripada 82 unit mesin perlombongan Bitcoin, sebuah set komputer iaitu CPU jenama Dan, sebuah monitor komputer jenama Lenovo, satu papan kekunci, satu tetikus beserta wayar, dua unit telefon bimbit jenama Huawei dan Samsung," katanya dalam sidang akhbar di IPD Temerloh, pada Rabu.
Menurut Mohd Azhar, kedua-dua suspek dipercayai aktif menjalankan kegiatan tersebut selama tiga bulan dan tangkapan dua lelaki itu adalah kes pertama dicatatkan tahun ini.
"Kedua-dua suspek direman empat hari hingga 2 April ini untuk siasatan lanjut," katanya.
Sebelum itu beliau memaklumkan, serbuan disertai sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh serta Cawangan D4, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dengan bantuan juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Timur.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 30 2022
Mohd Azhar (kiri) dalam sidang akhbar di IPD Temerloh pada Rabu susulan polis memberkas dua lelaki dan menumpaskan kegiatan bitcoin di Temerloh. - Foto Sinar Harian
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Imigresen tumpaskan sindiket Bitcoin didalangi warga China tanpa dokumen
Jabatan Imigresen telah menumpaskan sindiket aktiviti perlombongan wang digital (Bitcoin) yang didalangi dua lelaki warga China dalam satu Operasi Khas yang dijalankan pada 19 Jan (semalam) di kawasan
Mata wang kripto: Bank di AS terima amaran daripada agensi monetari negara
Bank di Amerika Syarikat (AS) menerima amaran pertama daripada agensi monetari negara mengenai risiko penularan berkaitan mata wang kripto yang telah bertukar daripada perdagangan sangat menarik lebih
Curi elektrik oleh pelombong Bitcoin meningkat lebih 400%, kata TNB
Rekod menunjukkan sejumlah 7,209 kes dikesan sepanjang empat tahun telah menyebabkan kehilangan lebih 4.5 bilion kilowatt jam.
Bursa AS tinggi, Dow Jones cecah paras rekod
Saham di Wall Street mencatat peningkatan selari dengan saham global susulan peningkatan vaksinasi dan jangkaan Pelan Rangsangan Amerika semakin hampir diluluskan.
Bursa global naik, optimis peningkatan vaksinasi
Peningkatan disokong sikap optimis susulan pelaksanaan lebih banyak program imunisasi COVID-19 dan harapan pelan rangsangan baru di Amerika.
Polis serbu lapan premis 'melombong' Bitcoin di Seri Kembangan
Bunyi bising dan pelik serta bayangan jingga membawa kepada penemuan bilik kedap bunyi yang dijadikan markas perlombongan haram Bitcoin atau wang kripto.
Pelaburan Bitcoin: Dua didakwa tipu tiga wanita RM150,000
Redzuan Ismail dan Adan Ibrahim mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.
Lebih 10 akaun Twitter individu, organisasi terkemuka digodam
Jumlah akaun yang terbabit dalam godaman ini menjadikan ia insiden security breach terbesar dalam sejarah Twitter.
Kegiatan curi bekalan elektrik premis bitcoin masih berleluasa?
Sebanyak 10 premis bitcoin diserbu di One Kesas, Klang setelah dikesan melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik secara haram sehingga menyebabkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Lebih banyak platform pertukaran mata wang kripto dijangka dibenarkan untuk beroperasi
Luno merupakan platform pertukaran mata wang kripto pertama yang mendapat kelulusan penuh untuk beroperasi di Malaysia.