LUMUT:Dua penginapan pekerja sebuah kilang sarung tangan di lokasi berasingan di Kampung Acheh, Sitiawan, di sini, didapati sesak dan melebihi kapasiti penghuni bagi sesebuah unit rumah selain tidak mendapat perakuan penginapan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
Operasi yang dijalankan JTK bersama-sama polis dan beberapa agensi termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta pihak berkuasa tempatan mendapati penginapan terdiri daripada enam blok itu dihuni hampir 1,000 pekerja warga asing.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaa JTK Semenanjung Malaysia Zaini Yaacob berkata keadaan itu jelas melanggar peruntukan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Beliau berkata operasi selama tiga jam bermula kira-kira 3 petang tadi dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam berhubung kesesakan yang berlaku di unit penginapan berkenaan.
"Kesalahan yang paling kita nampak adalah berhubung kegagalan majikan mendapatkan perakuan penginapan daripada JTK.
"Hasil tinjauan memang berlaku kesesakan dalam unit berkenaan yang mana satu unit (bilik tidur) perlu dua orang sahaja tetapi dihuni lebih daripada empat orang," katanya selepas menjalankan pemeriksaan di kedua-dua pusat penginapan terbabit di sini hari ini.
Zaini berkata semakan mendapati kesemua blok bangunan itu sesuai untuk didiami tetapi masih terdapat beberapa perkara yang tidak dipatuhi.
"Antara kemudahan-kemudahan yang tidak disediakan seperti katil dan tilam namun dari segi kebersihan, saya berpuas hati, tiada masalah kebersihan dan kekotoran.
"Malah, ada katil diletakkan di ruang rehat tetapi sepatutnya katil itu berada di ruang bilik tidur, jadi majikan telah gagal mematuhi peraturan di bawah Akta 446," katanya.
Zaini berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan ke atas majikan atau penyedia penginapan berpusat yang gagal mematuhi peruntukan di bawah akta berkenaan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan perbincangan akan diadakan dengan majikan bagi mengambil langkah dalam mengatasi masalah tersebut untuk jangka masa pendek," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 15 2021
Operasi selama tiga jam bermula kira-kira 3 petang tadi dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam. - Bernama
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Perdagangan Malaysia pada 2024 catat nilai tertinggi baharu RM2.88 trilion - MITI
MITI berkata eksport mencecah RM1 trilion bagi empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.51 trilion.
MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
Kerajaan kenakan duti anti lambakan sementara import PET dari China, Indonesia
Menurut MITI, penyiasatan duti anti lambakan import PET yang berasal atau dieksport dari negara tersebut dimulakan pada 9 Ogos 2024.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.