Akibat daripada perebutan pelanggan, dua kumpulan pemandu serta kru trak penunda bergaduh sesama sendiri di Jalan Serdang Raya, Seri Kembangan, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, kejadian pada jam 2 petang itu bermula dengan pertengkaran sebelum keadaan menjadi luar kawalan.
"Dalam kejadian tersebut kedua-dua kumpulan trak penunda itu bertindak ganas dengan bertumbuk dan menendang antara satu sama lain tanpa menggunakan senjata.
"Pergaduhan itu berlarutan sehingga seorang daripada mereka cedera ringan manakala sebuah kenderaan milik penunda kereta dipecahkan cermin hadapannya.
"Ekoran kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang telah menjalankan operasi khas mengesan kesemua mereka dan lapan suspek daripada kumpulan terbabit berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Ismadi berkata semua mereka akan direman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat dan polis sedang mengesan suspek lain.
"Polis sekali lagi mengingatkan supaya semua pihak bertenang dan jangan membuat provokasi sehingga mengakibatkan tindakan di luar kawalan seterusnya melanggar undang-undang," katanya.
Afiezy Azaman
Fri May 29 2020

Pergaduhan itu bermula dengan pertengkaran membabitkan kedua-dua kumpulan.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Polis siasat insiden peniaga Pasar Siti Khadijah gaduh berebut pelanggan
Polis Kota Bharu menerima dua laporan polis daripada kedua-dua belah pihak bersabit kejadian terbabit pada hari yang sama.

Dua kumpulan penunda kenderaan gaduh rebut pelanggan
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Ismadi Borhan, kejadian pada 2 petang itu berlaku akibat salah faham dan berebut pelanggan.