Dua kepala dipercayai milik dua beranak yang dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan susulan penemuan lapan bahagian anggota badan manusia yang dibuang ke dalam semak di kawasan perindustrian, Krubong berhampiran Kampung Ladang, Ayer Keroh, di sini petang Khamis lalu telah ditemui.
Bagimanapun, pihak polis masih belum mengesahkan perkara berkenaan termasuk lokasi penemuan kedua-dua kepala berkenaan.
Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim berkata, setakat ini polis tidak menolak kemungkinan anggota-anggota badan yang ditemui berkenaan milik seorang wanita dan anak lelakinya.
“Identiti individu berkenaan kita perlu mendapatkan pengesahan terutamanya daripada keluarga dan juga keputusan bedah siasat.
“Keputusan lanjut dari semasa ke semasa biarlah pihak polis jalankan siasatan rapi untuk memberi keadilan kepada semua pihak kerana apa sahaja kemungkinan ditularkan akan menganggu siasatan kita,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Pada Jumaat, media sosial tular mengenai satu laporan pembunuhan seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya berusia 11 tahun yang dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri yang merupakan warga Singapura.
Pembunuhan itu dikaitkan dengan mayat individu dipercayai lebih daripada seorang yang menjadi mangsa bunuh apabila bahagian tubuh ditemui berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong pada Khamis.
Dalam masa sama. suspek kes berkenaan yang juga warga Singapura direman tujuh hari bermula hari ini.
BACA: Suspek kerat lapan tubuh manusia direman tujuh hari
Mengulas lanjut, Mat Kasim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterima kasih kepada polis Singapura atas kerjasama sehingga suspek yang dipercayai suami kepada mangsa itu dapat ditahan.
“Polis Singapura menyerahkan suspek pada kita dan berjaya bawa ke negara ini malam tadi (Jumaat) sebelum kita dapatkan perintah reman selama tujuh hari, hari ini.
“Pihak polis akan jalankan siasatan lanjut untuk kita mencari bukti tambahan dipercayai ada lagi bahagian belum ditemui dan senjata (yang) digunakan,” katanya.
BACA: Tragis! Anggota badan dipercayai milik ibu dan anak ditemui
Shuhada Abdul Kadir
Sat Oct 12 2019
![Dua kepala dipercayai milik mangsa dikerat lapan ditemui Dua kepala dipercayai milik mangsa dikerat lapan ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570863304_Kemalangan.jpg)
Pasukan polis masih belum mengesahkan mengenai kedua-dua kepala berkenaan. - Gambar PDRM
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Kawasan rumah Zayn Rayyan tenang, penduduk minta netizen jangan komen 'macam-macam' Kawasan rumah Zayn Rayyan tenang, penduduk minta netizen jangan komen 'macam-macam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718090515_rumahzaynrayyan.jpg)
Kawasan rumah Zayn Rayyan tenang, penduduk minta netizen jangan komen 'macam-macam'
Kawasan sekitar kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai, kelihatan tenang dan terkawal pada Selasa, tanpa ada anggota polis berkawal di sana.
![Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708602349_ShuhailyMohdZain.jpg)
Siasatan kes Zayn Rayyan tidak pernah dihentikan - Pengarah JSJ Bukit Aman
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghentikan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Rusia sorok mayat Alexei Navalny? Rusia sorok mayat Alexei Navalny?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708256379_AlexeiNavalny.jpg)
Rusia sorok mayat Alexei Navalny?
Navalny dilaporkan meninggal dunia pada usia 47 tahun di penjara terpencil IK-3 di Bulatan Artik pada Jumaat.
![Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698823555_MohdShuhailyMohdZ.jpg)
Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Lebih 200 keterangan direkod
Polis sudah merekodkan keterangan lebih 200 orang berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak lelaki autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6.
![Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704364322_kesbunuhehailing.jpg)
Kes bunuh: Bekas Ketua Perisikan ESSCom, Ann nampak seperti kekasih - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan ESSCom, Mat Zaki dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti kekasih.
![Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702477297_TBforensik.jpg)
Polis jumpa stoking dalam takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan
Penemuan terbaharu itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi media malam ini.
![Kes Bunuh Zayn: Pasukan Forensik PDRM tiba di lokasi kejadian Kes Bunuh Zayn: Pasukan Forensik PDRM tiba di lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702295731_TBpdrm.jpg)
Kes Bunuh Zayn: Pasukan Forensik PDRM tiba di lokasi kejadian
Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki lokasi kejadian pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini pada petang Isnin.
![India keluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada India keluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695223241_GuruNanakSikhGurd.jpg)
India keluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada
India pada Rabu mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya di Kanada berikutan hubungan diplomatik yang semakin tegang ekoran kes pembunuhan seorang aktivis Sikh Kanada.
![Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694665649_nurin.jpg)
Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen
Pembunuhan Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.
![Model Hong Kong dibunuh kejam, keluarga bekas suami suspek utama Model Hong Kong dibunuh kejam, keluarga bekas suami suspek utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677327678_AbbyChoi.jpg)
Model Hong Kong dibunuh kejam, keluarga bekas suami suspek utama
Cebisan anggota badan Abby Choi ditemui di sebuah rumah yang didirikan sebagai tapak penyembelihan.