SHAH ALAM: Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap dua penjawat awam sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta sebagai balasan mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000.
Perintah reman kedua-dua individu berkenaan termasuk seorang wanita yang bermula hari ini hingga 15 Okt itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, kedua-dua individu yang berumur 37 dan 40 tahun itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini sekitar 9.30 pagi tadi diiringi pegawai SPRM.
Semalam, media melaporkan SPRM menahan dua kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta sebagai balasan mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000.
Menurut sumber, kedua-dua suspek itu ditahan kira-kira 2.30 petang di sebuah restoran di Putrajaya.
Sumber berkata mereka disyaki meminta wang suapan kira-kira RM20,000 sebagai balasan untuk syarikat itu mendapatkan kontrak membekal, menghantar serta memasang kelengkapan dan peralatan pejabat yang dianggarkan bernilai lebih RM180,000 daripada agensi berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Semalam, media melaporkan SPRM menahan dua kakitangan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada pemilik sebuah syarikat swasta sebagai balasan mendapatkan kontrak bernilai lebih RM180,000. - Gambar hiasan
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Dakwaan guru paling ramai palsukan MC tidak bertanggungjawab - Fadhlina
Dakwaan mengaitkan guru sebagai penjawat awam paling ramai memalsukan sijil cuti sakit (MC) adalah tidak bertanggungjawab.
Kerajaan akan terus tegakkan standard integriti tertinggi - PM Singapura
Wong berkata semua pegawai awam bertanggungjawab dan tiada sesiapa yang terlepas daripada pengawasan atau di atas undang-undang.
Lebih 40,000 penjawat awam alami isu kesihatan psikologi - KP Perkhidmatan Awam
Lebih 40,000 penjawat awam di negara ini berisiko tinggi mengalami isu kesihatan psikologi yang memerlukan intervensi segera bagi mengelakkan daripada menghidapi kecelaruan mental.
Masih ada penjawat awam ragu-ragu tandatangan SSPA - CUEPACS
Terdapat sekelompok kecil penjawat awam yang masih ragu-ragu untuk menandatangani Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa 1 Dis ini.
Penjawat awam mengaku tidak bersalah empat pertuduhan kemuka butir matan palsu
Fazlizal Kefli Jaamat, 41, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.
MAIWP perlu tekankan pengurusan integriti bagi capai agenda nasional - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata beliau mahu 'stigma lama' berkaitan aspek pengurusan tidak cekap, dinoktahkan dan tidak mahu agensi berkaitan hal ehwal Islam itu terus dilihat ketinggalan daripada arus perdana.
SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt
Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt untuk memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Tempoh perkhidmatan bukan ukuran penjawat awam dinaikkan pangkat
Tempoh perkhidmatan seseorang penjawat awam bukan satu ukuran atau jaminan untuk mereka dinaikkan pangkat, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pulau Pinang dalam penyediaan penyelarasan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sedang dalam penyediaan peruntukan untuk membuat penyelarasan gaji penjawat awam negeri itu, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
[KOLUMNIS] Menjulang reformasi perkhidmatan awam Malaysia, memperkasa nilai dan kepimpinan
Perkhidmatan awam dalam alaf ketiga ini perlu disiap siaga dan berupaya mendepani cabaran serta memimpin pendapat rakyat.