Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dua warga Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam masih berada di dalam premis kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara di sini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu menerusi WhatsApp kepada Bernama News Channel (BNC) berkata dua individu itu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37.
Ditanya mengapa pihak polis tidak memasuki kedutaan bagi menahan kedua-dua individu berkenaan, beliau berkata setiausaha berkenaan mempunyai imuniti terhadap dirinya manakala waran tangkap ke atas Uk-il telah dikeluarkan minggu lepas.
"PDRM harus menghormati Konvensyen Vienna di mana perkarangan kedutaan yang dilindungi kekebalan diplomatik tidak boleh diceroboh," katanya.
Mengenai empat suspek yang meninggalkan negara ini sebaik berlaku kejadian Jong-nam diracun, beliau berkata: "Setakat ini tiada perkembangan lanjut diterima daripada Interpol".
Jong-nam yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport atas nama Kim Chol meninggal dunia selepas mukanya disapu dengan bahan kimia Agen Saraf VX semasa menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lalu.
Dua wanita warga asing telah didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu berhubung kes itu.
Seorang daripadanya dikenali sebagai Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan seorang lagi yang dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, wanita warga Vietnam.
Mereka bersama empat orang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2.
Sementara itu Khalid enggan mengulas berhubung laporan media asing yang menyebut pihak berkuasa Jepun memberikan data cap jari kepada PDRM bagi mengesahkan identiti Kim Chol sebagai Kim Jong Nam.
"Saya cuma akan ulas jika berita ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa rasmi Jepun," katanya.
Laporan tersebut menyebut pihak kerajaan Jepun menyediakan maklumat cap jari dan beberapa data lain kepada Malaysia bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-un.
Agensi berita Kyodo yang memetik sumber kerajaan Jepun berkata maklumat cap jari berkenaan diperoleh pihak berkuasa imigresen Jepun apabila Jong-nam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 2001 ketika dia cuba memasuki Jepun dengan menggunakan pasport palsu. -- Bernama
Bernama
Mon Mar 13 2017
![Dua individu dikehendaki dipercayai masih berlindung di kedutaan Korea Utara - Khalid Dua individu dikehendaki dipercayai masih berlindung di kedutaan Korea Utara - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/71489138671_IGP.jpg)
Dua individu yang dikehendali itu adalah dua individu itu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736549114_INTERPOLlogo.jpg)
Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia
Interpol memperkenalkan alat baharu dikenali sebagai Notis Perak bagi mempertingkat usaha mengesan aset milik penjenayah.
![Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729925507_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
![Kematian model Belanda: Polis kemuka notis biru kepada Interpol untuk kesan pasangan AS Kematian model Belanda: Polis kemuka notis biru kepada Interpol untuk kesan pasangan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/61506580692_InterpolComplex.jpg)
Kematian model Belanda: Polis kemuka notis biru kepada Interpol untuk kesan pasangan AS
Notis itu dikemukakan Rabu lepas terhadap Alexander William Johnson, 51, dan Lunara Almazkyzy, 37, yang dikaitkan dengan kematian Ivana.
![Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728646754_IndonesiaChineseFu.jpg)
Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.
![GISB: PDRM beku, sita harta RM19.9 juta, kesan aset luar negara RM52.4 juta GISB: PDRM beku, sita harta RM19.9 juta, kesan aset luar negara RM52.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728551253_Shuhaily.jpg)
GISB: PDRM beku, sita harta RM19.9 juta, kesan aset luar negara RM52.4 juta
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pembekuan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001.
![Interpol tahan 219 penjenayah dalam operasi pemerdagangan manusia Interpol tahan 219 penjenayah dalam operasi pemerdagangan manusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719288464_TBSANDxjpg.jpg)
Interpol tahan 219 penjenayah dalam operasi pemerdagangan manusia
Operasi antipemerdagangan manusia antarabangsa utama melakukan 219 tangkapan dan mengenal pasti 1,374 mangsa yang berpotensi, termasuk 153 kanak-kanak, di 39 negara, lapor Agensi Anadolu (AA).
![Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan - PDRM Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698823555_MohdShuhailyMohdZ.jpg)
Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan - PDRM
PDRM akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan pemilik akaun Facebook itu.
![Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699341085_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol
PDRM masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703325540_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol
Polis memohon bantuan daripada Interpol untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
![Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71625009022_Interpol.jpg)
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.