Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani, Aduldej Cheknae, yang parah ditembak penyerang tidak dikenali dua hari lepas, meninggal dunia awal pagi tadi.
Setiausaha majlis itu, Solahuddin Yusuf, berkata beliau meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pattani pada kira-kira 2.45 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Anak Bukit Lalo, di sini selepas solat jenazah di Masjid Pondok Lalo Wittaya, yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 penduduk dan pemimpin tempatan.
Aduldej juga merupakan ketua bahagian halal Majlis Agama Islam Pattani dan pengarah Sekolah Agama Pondok Lalo Wittaya. Pada 9 Mac lepas, beliau dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Kecil Pengurusan Proses Rundingan Damai.
Aduldej atau nama Melayunya, Adul Abdul Rasheed, 55, parah ditembak dua lelaki bermotosikal itu semasa dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Pondok Lalo Wittaya.
Ketua Polis Pattani Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi berkata penyerang itu melepaskan tiga das tembakan yang terkena pipi dan kepala mangsa.
"Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. Mangsa tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak," katanya.
Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Aduldej, yang mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Pondok Darussalam di Ranget, Narathiwat sebelum melanjutkan pelajaran di Pakistan, meninggalkan seorang isteri dan empat anak.
Baru-baru ini, pejabat Majlis Agama Islam Pattani dipilih untuk menempatkan Rumah Selamat susulan pengenalan konsep Zon Selamat di wilayah-wilayah selatan Thailand.
Konflik bersenjata di selatan Thailand sejak 2004 telah mengorbankan kira-kira 7,000 orang, menurut kajian oleh Deep South Watch.
Di BANGKOK, wakil Barisan Islam Pembebasan Pattani (BIPP) Abu Hafez Al-Hakim meminta pihak berkuasa Thailand menyiasat dan menangkap mereka yang terlibat dalam pembunuhan Adulej.
Beliau berkata pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas, hina dan pengecut itu dan mahu penjenayah terbabit dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.
"Ini adalah untuk memberikan keadilan kepada mangsa serta keluarganya disamping mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keselamatan, kedaulatan undang-undang dan proses damai yang sedang berlangsung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abu Hafez yang juga jurucakap MARA Patani berkata Adulej, 55, merupakan tokoh perjuangan yang meningkatkan syiar Islam di Pattani dan disayangi oleh mereka yang pernah mengenalinya.
Beliau berkata Adulej telah diamanahkan untuk menyelia Rumah Selamat di bawah naungan majlis dalam kerangka proses dialog damai di selatan Thailand.
"Ia adalah satu kehilangan besar bagi rakyat," kata Abu Hafez.
Proses damai di selatan Thailand antara kerajaan Thailand dan MARA Patani adalah untuk mencari jalan penyelesaian terhadap konflik bersenjata yang telah mengorbankan kira-kira 7,000 orang sejak 2004.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 10 2018
Adul Cheknae (gambar) cedera parah ditembak penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan pulang selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Lalo, Pattani, 8 Jun, 2018. - fotoBERNAMA / Fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Dua hari selepas ditembak, pemimpin Islam Pattani meninggal dunia
Setiausaha majlis itu, Solahuddin Yusuf, berkata beliau meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pattani pada kira-kira 2.45 pagi (waktu tempatan).