KUALA LUMPUR:Dua gerabak monorel terbakar di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral hari ini menyebabkan perkhidmatan tren itu tergendala dalam satu kejadian jam 7.15 pagi Khamis.
Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Iqbal Zakaria berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 7.27 pagi dan menggerakkan lima jentera bersama 21 anggota ke lokasi.
“Tren itu ditunda keluar dari Stesen Maharajalela pada 10.59 pagi ke depoh untuk siasatan lanjut. Penumpang yang terjejas ditawarkan kupon bayaran balik yang boleh dituntut di semua kaunter Monorel. Rapid KL kesal dan memohon maaf atas insiden berkenaan dan kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.
"Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya pada 8.56 pagi. Kesemua penumpang dikeluarkan dari gerabak oleh petugas Stesen Monorel Jalan Maharajalela sebelum bomba sampai,” katanya kepada Bernama di sini, pada Khamis.
Beliau berkata, pemandu gerabak berkenaan dikatakan mendengar bunyi letupan ketika pengangkutan awam itu sedang bergerak menuju ke Stesen Monorel Jalan Maharajalela.
“Kerana tidak mahu mengambil risiko, pemandu itu menghentikan gerabak di stesen itu bagi menurunkan sembilan penumpang walaupun pada masa itu monorel berkenaan belum terbakar. Ketika pasukan bomba tiba, api sudah marak,” katanya dan menambah punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, Prasarana Malaysia Berhad menerusi kenyataan menjelaskan satu daripada 64 tayar yang digunakan oleh tren empat gerabak itu meletup dan terbakar, dipercayai kerana tekanan angin tayar yang rendah.
Menurut kenyataan itu, kesemua penumpang selamat diturunkan di Stesen Maharajalela sebelum tren itu terbakar.
Berikutan kebakaran itu, perkhidmatan tren ulang-alik diaktifkan pada 7.38 pagi untuk perkhidmatan antara Stesen Titiwangsa dengan Stesen Hang Tuah.
“Pada masa sama, perkhidmatan van perantara percuma turut disediakan untuk membawa penumpang antara Stesen Monorel KL Sentral, Tun Sambanthan dan Maharajalela.
“Tren itu ditunda keluar dari Stesen Maharajalela pada 10.59 pagi ke depoh untuk siasatan lanjut. Penumpang yang terjejas ditawarkan kupon bayaran balik yang boleh dituntut di semua kaunter Monorel. Rapid KL kesal dan memohon maaf atas insiden berkenaan dan kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.
Sinar Harian
Thu Dec 24 2020
Pemandu gerabak berkenaan dikatakan mendengar bunyi letupan ketika pengangkutan awam itu sedang bergerak menuju ke Stesen Monorel Jalan Maharajalela. - Sumber foto JBPM KL
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Dua gerabak terbakar, khidmat monorel tergendala
Dua gerabak monorel terbakar di Stesen Monorel Jalan Maharajalela menghala ke KL Sentral hari ini menyebabkan perkhidmatan tren itu tergendala.