Dua lelaki dipercayai anggota kumpulan jenayah terancang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menculik seorang angggota perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM19 juta, tahun lalu.
Low Sing Hwa, 29, dan Tham Hock Ann, 36, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas ia dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali.
Mereka didakwa bersama-sama tiga orang yang masih bebas, melarikan dan mengurung secara salah Chin Yoke Choon, 53, di tempat letak kereta Hotel Seri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini pada kira-kira 5.55 petang, 26 Dis 2015
Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 24 Jan ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
Mengikut fakta kes, pada hujung tahun lalu, seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk yang merupakan pengarah eksekutif syarikat pasaraya besar, hartanah dan pembinaan diculik oleh sekumpulan lelaki berpakaian seragam polis yang menaiki 'kereta peronda'.
Mangsa kemudiannya dilepaskan di Genting Sempah, dekat sini selepas 74 hari ditahan setelah keluarganya membayar wang tebusan dalam mata wang Singapura.
Sementara itu di Mahkamah Sesyen, Low dan Tham mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi anggota Geng William antara Januari 2015 hingga 11 Nov lalu di Kuantan, mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Dua rakan mereka, Choo Jia Lerk, 23, dan Liew Chee Hwa, 29, pula mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bergaul dengan Geng William tanpa sebab yang munasabah sekitar April 2015 hingga 19 Nov lalu mengikut Seksyen 130Y kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit
Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal memaklumkan pihaknya tidak bercadang menawarkan jaminan kepada kesemua tertuduh kerana masih menunggu izin pihak pendakwa raya untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan permohonan itu dan menetap 24 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pihak pendakwaan turut diwakili Pengarah Pendakwaan Pahang Faridz Gohim Abdullah manakala semua tertuduh diwakili peguam S.Sundarajan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016

Dua lelaki dipercayai anggota kumpulan jenayah terancang dihadapkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menculik angggota perniagaan. - Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Dua didakwa culik ahli perniagaan tuntut tebusan RM19 juta
Dua lelaki dipercayai anggota kumpulan jenayah terancang dihadapkan di Mahkamah Majistret, atas pertuduhan menculik seorang angggota perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM19 juta.