JOHOR BAHRU: Dua lelaki termasuk seorang pekerja stesen minyak cedera selepas tabung gas asli (NGV) pada sebuah lori meletup di sebuah stesen minyak dekat Kawasan Perindustrian Dato Onn, Jalan Langkasuka di sini, tengah hari tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Faiz Suleiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.05 tengah hari sebelum menggerakkan seramai 14 anggota ke lokasi kejadian.
Katanya, pemandu lori berusia 64 tahun dilaporkan hanya cedera ringan di tangan, namun pekerja stesen minyak berkenaan berusia 57 tahun yang turut cedera dikejarkan ke hospital.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian didapati benar berlaku letupan tabung gas NGV sebuah lori jenis Isuzu tiga tan.
"Letupan berlaku ketika pengisian gas ke dalam tabung tong NGV itu. Kedua-dua mangsa itu cedera selepas terkena serpihan tabung NGV yang meletup itu.
"Letupan tabung NGV itu turut mengakibatkan sebuah teksi yang berada di stesen minyak, bangunan stesen minyak dan sebuah hostel pasar raya berhampiran stesen minyak turut terkesan dan rosak," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut Mohd Faiz lagi, pihaknya memberi rawatan kepada pemandu lori yang cedera ringan dan kemudian menghantar pekerja stesen minyak yang cedera ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Seorang lagi pekerja stesen minyak iaitu wanita berusia 37 tahun dilaporkan selamat, namun dipercayai trauma," tambahnya.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Nov 29 2022
Kedua-dua mangsa cedera selepas terkena serpihan tabung NGV yang meletup. - Foto JBPM
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
ASEAN: Kenal pasti kepelbagaian risiko, tambah baik dasar ekonomi
Polisi ekonomi ASEAN perlu diperbaiki dengan fokus diberikan terhadap peningkatan perdagangan dan pelaburan antara negara anggota.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Petunjuk positif pertama dalam beberapa bulan kebelakangan ini adalah kesediaan untuk keterlibatan, dan saya beri jaminan kepada mereka melalui hubungan rakan-rakan dan pelbagai agensi, terutamanya agensi perisikan, bahawa kami bukan di sini untuk mengenakan apa-apa tindakan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Tadbir urus sistem, walaupun dalam ASEAN, sedikit berbeza. Malaysia atau Singapura atau Vietnam, Lao, mereka juga agak berbeza. Selagi mereka mewakili beberapa bentuk demokrasi, kita tidak mengenakan apa-apa paksaan.
Pelancong Islam: 4.82 juta pelancong, pendapatan lebih RM15 bilion tahun lalu
Indonesia, Brunei, Pakistan, Arab Saudi dan Kazakhstan merupakan lima negara yang menyumbang kepada ketibaan pelancong Islam tertinggi ke Malaysia.
Dua cedera, tabung NGV meletup ketika isi gas
Dua lelaki termasuk seorang pekerja stesen minyak cedera selepas tabung gas asli (NGV) pada sebuah lori meletup di sebuah stesen minyak dekat Kawasan Perindustrian Dato Onn Johor Bahru.